Nuffnang Ads

Sunday, December 18, 2011

Cucak Rowo

Kucoba coba melempar manggis
Manggis kulempar mangga kudapat,
Kucoba coba melamar gadis
Gadis kulamar janda kudapat

Iki piye iki piye iki piye
Wong tuwo rabi perawan,
Prawane yen bengi nangis wae,
Amargo wedi karo manuke

Manuke manuke cucak rowo,
Cucak rowo dowo buntute
Buntute sing akeh wulune,
Yen digoyang ser-ser aduh enake

Jamane jamane jaman edan
Wong tuwo rabi perawan
Prawane yen bengi nangis wae
Amargo wedi karo manuke

Manuke manuke cucak rowo,
Cucak rowo dowo buntute
Buntute sing akeh wulune,
Yen digoyang ser-ser aduh enake

Di Badai Asmara - Sera

Tajuk/Lirik Lagu: Di Badai Asmara
Penyanyi: Sera
Haruskah
Aku terus merayu
Padamu
Haruskah
Aku taburi janji
Beribu
Untuk menembusi
Tembok hati sanubarimu
Ataupun aku hanya penanti
Mengapa
Dikau meragui keikhlasan
Setelah kuberi
Pengorbanan dan kesetiaan
Aku jadi perindu
Pada istana madu
Kini menjadi sangkar hempedu
(*)
Mungkin ku pentafsir
Yang gagal mencari
Pengertian cinta
Akhirnya melara
(Korus)
Kau insan misteri
Penuh rahsia cinta
Kulemas dalam arena
Meredah nestapa
Sukarnya menguasai
Bahasa cinta kita
Berilah kepastian sebuah cinta
Bisakah
Silap kata menjadi penanda
Dapatkah
Kecewa ku menjadi harapan
Marilah berganding
Mengharungi badai asmara
Dunia dikecapi penuh bahagia
(Ulang *)
(Ulang Korus) (3x)

Friday, October 28, 2011

FINAL PIALA MALAYSIA TIGA MUSIM BERTURUT-TURUT TEMUKAN JANG DENGAN SEBUAH LAGI PASUKAN DARI PANTAI TIMUR

HANYA TINGGAL BEBERAPA JAM SAHAJA LAGI DETIK KEMUNCAK PIALA MALAYSIA 2011 AKAN BERLANGSUNG PERTEMBUNGAN AKHIR YANG DIJANGKA MENARIK, LEBIH MENARIK LAGI PIALA MALAYSIA 2011 KALI INI DILANDA KONTROVERSI KENAIKAN HARGA TIKET YANG TIDAK MUNASABAH OLEH PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA (FAM) DISAAT-SAAT AKHIR PADA HARGA RM50 (LAGHRI BAJET POIK)YANG TELAH MENCETUS PROTES DAN RASA TIDAK PUAS HATI DIKALANGAN PENYOKONG TERENGGANU DAN NEGERI SEMBILAN. NAMUN, TINDAKAN PERSATUAN BOLASEPAK TERENGGANU (PBNT) DAN PERSATUAN BOLASEPAK NEGERI SEMBILAN (PBNS) MEMBERI SUBSIDI KEPADA PARA PENYOKONG SETIA MEREKA TELAH MEMULIHKAN DAN MENYEMARAKKAN KEMBALI SUASANA PERLAWANAN AKHIR INI DARI KEHAMBARAN SELEPAS PENJUALAN TIKET SEHARI DUA YANG LEMBAB DI SEREMBAN DAN JUGA KUALA TERENGGANU. ISU TIKET PIALA MALAYSIA INI BIARLAH MENJADI SEJARAH PADA PIALA MALAYSIA KALI INI.


BERCERITA TENTANG PERTEMUAN PASUKAN YANG MENGGUNAKAN TAGLINE PETEH TRENGGANU PETEH DAN HOBEN JANG HOBEN INI. PASUKAN TERENGGANU SUDAH SEPULUH TAHUN TIDAK MENDAKAP PIALA MALAYSIA, DIMANA KALI TERAKHIR MEMENANGI PIALA TERSEBUT KETIKA MENEWASKAN PERAK 2-1 DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL. MEMENANGI PIALA FA 2011 DENGAN MENEWASKAN KELANTAN MERUPAKAN SATU TONIK KEBANGKITAN MEREKA UNTUK MEREALISASIKAN IMPIAN MEMBAWA PULANG PIALA MALAYSIA YANG KALI TERAKHIR DIJULANG PADA 2001. BERBEKALKAN PEMAIN MUDA YANG BERBAKAT DAN HEBAT SERTA BERPRESTASI TERBAIK, TERENGGANU DIANGGAP PILIHAN. MESKIPUN PADA PERTEMUAN DALAM PERINGKAT KUMPULAN, NEGERI SEMBILAN BERKELEBIHAN.

MENGENAI PASUKAN KEGEMARAN SAYA PULA IAITU NEGERI SEMBILAN. FINAL KALI INI MENGINGATKAN SAYA PADA FINAL TAHUN 2000 DI ALAF BARU DI VENUE YANG SAMA IAITU STADIUM SHAH ALAM. DIMANA SKUAD MUDA CEMERLANG NEGERI SEMBILAN BIMBINGAN BEKAS JURULATIH NEGERI SEMBILAN IAITU MOHD ZAKI SHEIKH AHMAD MENYERAP SEMANGAT JUANG YANG TINGGI MEREKA UNTUK MENEWASKAN PASUKAN SARAWAK DISEPARUH AKHIR. SAMBUTAN PARA PENYOKONG SKUAD JANG SANGAT MERIAH KETIKA ITU, DIMANA KEGHAIRAHAN PENYOKONG DALAM MERAIKAN WIRA-WIRA MEREKA YANG TELAH MEMBAWA PASUKAN KE PENTAS AKHIR PIALA MALAYSIA SETELAH PULUHAN TAHUN MENUNGGU. JIKA TIDAK SILAP SAYA, 51 TAHUN PENANTIAN TELAH BERAKHIR PADA KETIKA ITU. NAMUN, PASUKAN BIMBINGAN JURULATIH ZAKI SHEIKH AHMAD INI TERSUNGKUR DITANGAN ANAK-ANAK BUAH KARL HEINZ WEIGANG YANG MEMBIMBING PASUKAN PERAK KETIKA ITU YANG MENDAPAT JOLOKAN KEJOR YEOB KEJOR . SKUAD JANG DIUNDI SATU KUMPULAN DENGAN PERAK PADA KEJOHANAN ITU DAN NEGERI SEMBILAN MEMENANGI PERLAWANAN SEBAGAI PELAWAT DAN TUAN RUMAH DIPERINGKAT KUMPULAN. DAN KEDUA-DUA PASUKAN BERSUA LAGI DI KEMUNCAK PERTANDINGAN. SEINGAT SAYA KETIKA ITU, SKUAD JANG HAMPIR MENDAHULUI DISEAWAL MINIT KE-2 MENERUSI REMBATAN EFENDI MALEK YANG SINGGAH DI TIANG KANAN PERAK. TEWAS O-2 DI SHAH ALAM DIHARAP TIDAK BERULANG LAGI DI VENUE YANG SAMA.  KEKALAHAN ITU TURUT DIRATAPI OLEH SAYA SERTA PENYOKONG-PENYOKONG TEGAR YANG LAIN.


ANTARA PEMAIN-PEMAIN YANG PERNAH MERATAPI KEKALAHAN ITU DAN BERADA DALAM SKUAD JANG KINI ADALAH KETUA PASUKAN NEGERI SEMBILAN MOHD SHUKOR ADAN DAN NORHAFIZ ZAMANI MISBAH. MUNGKIN BAGI SHUKOR, BELIAU TELAH MENGECAP KEJAYAAN PIALA MALAYSIA 2009. TETAPI KINI SUDAH PASTI GILIRAN NORHAFIZ ZAMANI MISBAH PULA INGIN MEREALISASIKAN IMPIAN MENJULANG PIALA MALAYSIA. BEGITU JUGA DENGAN JURULATIH YANG BARU SEMUSIM BERSAMA JANG DIMUSIM 2011 INI YANG MENGGANTIKAN BEKAS JURULATIH LEGENDA WAN JAMAK WAN HASAN IAITU AZRAI KHOR ABDULAH YANG BERIMPIAN MEMENANGI MEDAL PERTAMA BERSAMA JANG SETELAH CEMERLANG BERSAMA KEDAH SUATU KETIKA DULU. BAGI SAYA, SHUKOR TIDAK ASING LAGI DENGAN KEADAAN PADANG SERTA SUASANA DI STADIUM SHAH ALAM KERANA BELIAU PERNAH BERSAMA SELANGOR PADA 2008. INI BERMAKNA BELIAU AKAN BEKERJA KERAS UNTUK  MEMIMPIN RAKAN-RAKAN SEPASUKAN UNTUK MERAMPAS KEMBALI PIALA MALAYSIA 2011 SETELAH TEWAS KEPADA KELANTAN DIFINAL 2010. DENGAN KEMARAAN SKUAD HOBEN JANG HOBEN INI MARA KE PENTAS AKHIR 3 TAHUN BERTURUT-TURUT IATU 2009-2011, 2009(MONANG),2010 (KALAH) DAN 2011(BOLOM CUBO BOLOM TAU LAIE). ADUNAN PEMAIN MUDA DAN BERPENGALAMAN MENJADI RAMUAN AZRAI KHOR PADA KEMPEN KALI INI. DAN SUDAH PASTINYA SAYA YAKIN JANG AKAN MEMENANGI PERLAWANAN DALAM 90 MINIT.

KEPADA PARA PEMINAT KEDUA-DUA PASUKAN DIHARAP MENJAGA DISIPLIN DIRI. LEBIH-LEBIH LAGI PENYOKONG HOBIN JANG HOBIN YANG PERNAH DIANGKAT SEBAGAI PENYOKONG YANG BERDISIPLIN SEMENJAK BEBERAPA MUSIM LALU. KITA TONTON BERSAMA PERLAWANAN INI DENGAN KEADAAN SANTAI DAN TANPA TEKANAN. SEMOGA JANG BERJAYA BAWA PULANG KEMBALI PIALA MALAYSIA KE NEGERI ADAT PERPATIH INI SEKALI LAGI. AMIN…. INSYALLAH….

           Hoben Jang Hoben!!!!

                                                                                                                                                                Waghieh Pilah,
                                                                                                                                                                @mr!

Friday, August 12, 2011

Haruskah DiUji - Farish

Telah kuhebahkan
Rinduku yang lesu ini
Tertutup mastuli
Namun mustika
Cintaku terus membara

( 1 )
Walaupun tenggelam
Cinta yang dalam membeku
Di selendang arus
Namun mutia
Rinduku masih menyala

Biarkan tidak terlintas
Hasrat cinta tertutup ini
Untuk sorak dan isytihar di hatimu
Mungkin kerinduan
Lyrics www.allthelyrics.com/lyrics/farish/
Belum kau peduli
Haruskah diuji

Namun pernah terkandas
Hasrat rindu tenggelam sepi
Mengumum dan merayu terhadapmu
Bukti kerinduan
Masihkah kau sangsi
Perlukah diuji

( ulang dari 1 )

Perlukah Aku Menanti - SATRIA




Teringat masa bertemu
Aku mengenalmu
Engkau sepi tanpaku
Kita saling merindu

Setiap kali berjumpa
Kita ucap yang indah
Tiada pernah berdusta
Berpisah jauh dipinta

Entahkan mengapa
Kita saling menyalahkan
Kita saling berjauhan
Apakah semuanya alasan

Aku benci padamu
Itu yang kau ucapkan
Menangis dan terkilan
Cinta yang dirosakkan hampa

Takdir sudah menentu
Kita tak seperti dulu
Engkau yang berubah hati
Perlukah aku terus menanti

Sunday, May 22, 2011

KESILAPAN UMAT ISLAM PADA HARI JUMAAT

KESILAPAN UMAT ISLAM PADA HARI JUMAAT
oleh : Amru Alhaz Bin Adnan

Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Umat Islam disarankan supaya memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat yang lain di samping memenuhi kewajiban menunaikan solat fardhu Jumaat. Pada hari Jumaat juga Umat Muhammad diharuskan untuk melakukan segala aktiviti termasuklah mencari rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Kebebasan ini tidak dikecapi oleh kaum Bani Israil terdahulu di mana syariat Nabi Musa melarang sama sekali kaumnya daripada mencari rezeki pada hari kebesaran mereka iaitu hari Sabtu sebaliknya mereka diperintahkan supaya memperuntukkan masa tersebut melaksanakan ibadah. Berbeza dengan syariat Nabi Muhammad, Allah S.W.T memberi kebebasan dan  ruang yang cukup luas kepada hambanya untuk mencari rezeki  dengan apa cara sekalipun termasuklah berniaga dan berjual beli. . Namun begitu, terdapat beberapa keadaan dan waktu khusus   yang dilarang oleh Allah S.W.T menjalankan sebarang bentuk perniagaan dan jual beli pada penghulu segala segala hari ini. Allah S.W.T berfirman di dalam surah al-Jum’ah ayat 9:

Yang Bermaksud, Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikumandangkan seruan mengerjakan Solat Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah S.W.T dan tinggalkanlah jual beli (pada saat itu) ; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu , jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah dari limpah kurnia Allah S.W.T, serta ingatlah akan Allah S.W.T banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya ( di dunia dan di akhirat).
Ayat tadi jelas menunjukkan larangan Allah S.W.T terhadap Umat Islam yang melakukan urusan jual beli ketika mana azan Jumaat telah dikumandangkan. Larangan ini ditujukan kepada mereka yang ditaklifkan kefarduan Solat  Jumaat sama ada peniaga lelaki dan pembeli lelaki yang kedua-duanya memenuhi syarat-syarat wajib Jumaat seperti sihat, baligh, berakal dan tidak bermusafir. Larangan ini membawa maksud haram urusan jual beli  dijalankan ketika azan Jumaat telah dilaungkan. Imam Ibn Kathir al-Syafie menyebut:

Ertinya : Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan yang kedua.
( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)

Jika disoroti sejarah, berniaga dan berjual beli pada hari Jumaat juga dilakukan pada zaman baginda Rasulullah saw tetapi bezanya  aktiviti jual beli itu itu ditangguhkan setelah berkumandangnya azan, atau dengan lebih tepat lagi ketika khatib sedang berkhutbah di mimbar. Hal ini tidak berlaku sama sekali di masjid-masjid di negara kita. Lihatlah bagaimana keghairahan si peniaga melariskan jualannya, si pembeli sibuk membeli belah sedangkan pada waktu tersebut khatib sedang berkhutbah. Perlu diingat walaupun hukum jual beli tetap sah tetapi ia dilakukan dalam waktu yang diharamkan. Perkara inilah yang menjadi punca ayat al-Quran di atas tadi diturunkan.

Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan Tirmizi mengemukakan riwayat sebuah hadith daripada Jabir r.a katanya: Sewaktu Nabi Muhammad SAW sedang berkhutbah pada hari Jumaat, tiba-tiba datang satu rombongan perniagaan. Lalu kebanyakan sahabat pergi kepada mereka sehingga yang tinggal bersama Nabi Muhammad SAW ketika itu hanya 12 orang sahaja. Lau Allah S.W.T menurunkan ayat yang bermaksud “ Malangnya apabila mereka Nampak perniagaan atau hiburan, mereka lantas menggapainya. Mereka meninggalkan engkau ( wahai Muhammad) bersendirian tegak berkhutbah.

Istimewanya Solat Jumaat berbanding dengan solat lain ialah kerana  terdapatnya khutbah. Justeru tidak sempurna solat Jumaat seseorang itu tanpa mendengar khutbah. Malahan menurut jumhur ulamak, khutbah merupakan antara syarat sah solat Jumaat.  Sa’id bin Jubair berpendapat bahawa khutbah menyamai 2 rakaat solat zuhur, seandainya khutbah ditinggalkan dan mengerjakan Solat Jumaat sahaja bererti kita telah meninggalkan dua rakaat solat Zuhur.

Realiti yang berlaku, ramai di kalangan jemaah tidak berminat untuk masuk ke dalam masjid mendengar apa yang ingin disampaikan oleh khatib, sebaliknya mereka rasa lebih selesa berada di luar masjid. Lebih menyedihkan lagi ada yang sempat berbual-bual kosong ketika khatib sedang berkhutbah. Sikap ini jelas mencerminkan sifat sombong kita kepada Allah S.W.T.

Allah S.W.T  memberi ganjaran yang besar kepada mereka yang sering berusaha datang awal ke Masjid  pada hari Jumaat terutama sebelum khatib berkhutbah. Dalam sepotong hadith Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila tiba hari Jumaat, maka pada setiap pintu masjid  terdapat malaikat yang mencatat orang-orang yang masuk mengikut urutan. Apabila imam / khatib telah duduk di atas mimbar, maka malaikat menutup buku catatan mereka dan datang untuk mendengar khutbah.”

Kesimpulannya, seluruh Umat Islam sama ada penjual, pembeli dan para jemaah lelaki hendaklah berlapang dada dan mengambil berat isu yang telah menjadi wabak yang perlu ditangani  kerana ia melibatkan hukum haram dan tidak sahnya solat Jumaat seseorang.  Justeru beberapa pendekatan dicadangkan :

Pertama: Aktiviti jual beli hendaklah ditagguhkan sementara waktu ketika mana  azan kedua berkumandang.

Kedua: Perniagaan boleh diteruskan dengan syarat urus niaga tersebut dijalankan antara penjual wanita dan pembeli wanita sahaja.

Ketiga:  Para jemaah lelaki disarankan agar menangguhkan urusniaga di samping  mengambil peluang  masuk awal ke dalam masjid mendengar khutbah .  

Saturday, May 21, 2011

Hari-hari diharamkan berpuasa dalam Islam...!!!!!!!!!












Islam > Bicara > Hari DIHARAMKAN Puasa




 






Hari DIHARAMKAN Puasa


 



Bulan Ramadhan mengingatkan kita akan tanggungjawab sebagai umat Islam untuk menjalani ibadah puasa. Pada bulan tersebut kita diwajibkan berpuasa selama sebulan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Selain puasa wajib, Allah turut menggalakkan umat-Nya menunaikan puasa sunat. Hari untuk  puasa sunat sudah diketahui umum oleh umat Islam antaranya, puasa 6 hari pada bulan Syawal atau puasa pada hari Isnin dan Khamis.
Bagaimana pula dengan hari yang diharamkan puasa? Mungkin ada sesetengah  daripada kita yang mengetahui akan hari-hari tersebut tetapi ada juga yang tidak mengetahuinya. Bagi yang mengetahuinya pula, mungkin tidak mendapat penjelasan kenapa hari-hari tersebut diharamkan berpuasa. Keterangan di bawah mungkin menjawab semua soalan yang bersarang di minda kita.
1.    Hari Syak (30 Syaaban)
30 Syaaban dipanggil Hari Syak iaitu hari di mana keesokan harinya umat Islam akan memasuki bulan Ramadhan untuk menjalani ibadah puasa. Menurut mazhab Syafie, Qaul masyhur Maliki dan Hambali, Hari Syak ialah pada 30 Syaaban, dan mazhab Hanafi mengatakan ianya pada hari terakhir bulan Syaaban. Ada sesetengah mazhab berpendapat makruh berpuasa pada hari ini dan ada juga yang mengatakannya haram.
Daripada Abu al-Yakzan iaitu Amar bin Yasir r.a katanya: "Sesiapa yang berpuasa pada hari yang diragukan apakah bulan Syaaban sudah habis atau bermulanya sudah bulan Ramadhan, sesungguhnya ia telah melanggar perintah Nabi SAW.”
(Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Salah satu bentuk persiapan dalam menghadapi Ramadhan yang seharusnya dilakukan oleh kaum Muslimin adalah menghitung bulan Syaaban, kerana satu bulan dalam hitungan Islam adalah 29 hari atau 30 hari sebagaimana yang dijelaskan Rasulullah SAW: “Satu bulan itu 29 malam. Maka jangan berpuasa sampai kalian melihatnya (anak bulan). Jika kalian terhalang (dari melihatnya), maka genapkanlah 30 hari.” (al-Bukhari).
2.    1 Syawal (Hari Raya Aidilfitri)
Pada 1 Syawal umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadhan.  Hari ini sememangnya hari yang dinanti oleh umat Islam. Waktu inilah masa yang diambil untuk bermaafan dan berkunjung ke rumah saudara mara.
Dari Umar bin Khattab ra., ia berkata bahwa dua hari ini hari yang dilarang Rasulullah SAW untuk berpuasa, iaitu hari raya Aidilfitri setelah kalian berpuasa (Ramadhan) dan hari raya makan (daging korban) setelah kalian menunaikan ibadah haji.
Antara hikmah diharamkan berpuasa seperti yang disebut dalam hadis di atas ialah ketika semua orang bergembira, seseorang itu hendaklah turut bersama meraikannya.
3.    10 Zulhijjah (Hari Raya Aidiladha)
Hari Raya Aidiladha iaitu 10 Zulhijjah merupakan hari di mana umat Islam meraikan Hari Raya Korban. Hari Raya Korban yang membawa maksud hari penyembelihan binatang ternakan bagi yang berkemampuan. Hari ini sehingga 13 Zulhijjah umat Islam yang berkemampuan dianjurkan atau disunatkan menyembelih binatang ternak untuk dikorbankan.
Dari Abu Hurairah r.a katanya: “Rasulullah SAW melarang puasa pada dua jenis hari. Iaitu pada Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) dan Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal).”
Amalan korban dan ibadah korban ini tidak ada di bulan yang lain, hanya di bulan Zulhijjah. Ia merupakan pengorbanan dari binatang peliharaan untuk mencapai darjat hamba ALLAH yang bertaqwa, sebagaimana ALLAH S.W.T menyatakan perintah berkorban ini di dalam Al-Quran.
4.    Hari Tasyrik pada 11,12,13 Zulhijjah
Hari Tasyrik yang jatuh pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah iaitu pada hari ke-2 hingga ke-4 Hari Raya Korban. Hari tersebut umat Islam juga diharamkan untuk berpuasa. Berkorban dengan melakukan penyembelihan binatang ternakan selama 4 hari berturut-turut (pada 10, 11,12 dan 13) di bulan Zulhijjah bagi orang-orang yang berkemampuan, adalah satu tuntutan syariat yang telah ditentukan.
Dari Nubaisyah Al-Hudzali r.a katanya: “Rasulullah SAW bersabda: Hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari-hari makan minum.”
Oleh yang demikian hari ini diharamkan berpuasa.  Umat Islam diharamkan berpuasa pada hari ini kerana mereka masih lagi meraikan Hari Raya Korban. Kita sedia maklum yang ibadah korban yang dijalankan adalah berupa penyembelihan binatang peliharaan seperti lembu, biri-biri, kambing dan binatang peliharaan yang dibenarkan dalam Islam. Ibadah ini dilakukan dengan penuh keikhlasan beserta niat kerana ALLAH SWT.

Sunday, April 10, 2011

Pakar nutrisi: Ramai sokong diwujudkan

Print
Rabu, 25 Februari 2009 14:09
SUKAN

KUALA LUMPUR – Hakikat sains sukan termasuk kajian pemakanan penting dalam pembangunan bola sepak tempatan, ia turut dipersetujui beberapa jurulatih serta tokoh sukan.
Bagi bekas jurulatih kebangsaan, B. Sathianathan, pemakanan sememangnya menjadi aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam arena bola sepak kebangsaan.

“Perlu ada pendedahan mengenai kepentingan nutrisi yang betul kepada pemain. Ini berkaitan dengan profesionalisme pemain. Mereka seharusnya didedahkan dengan cara pemakanan yang betul bagi seorang atlet.

“Di Malaysia, kita masih terlalu mentah dalam hal ini sedangkan ia aspek yang penting. Bagi pasukan negeri, tidak ada salahnya mereka mengambil seorang pakar nutrisi bagi memastikan para pemain mendapat makanan yang sihat serta membantu kecergasan,” katanya.

Pandangan Sathianathan itu turut disokong oleh jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan yang menyifatkan cadangan pengambilan pakar nutrisi untuk berkhidmat di pasukan negeri dan kelab sebagai amat wajar.

“Tidak saya nafikan, pemakanan adalah satu aspek yang perlu diberi perhatian dalam menentukan kecergasan pemain.
“Secara terbuka, pasukan saya tidak melakukan pemantauan terhadap pemakanan pemain tetapi saya selalu memberi nasihat mengenai baik dan buruknya sesuatu makanan.

“Jika pihak pengurusan mampu mengambil seorang pakar pemakanan, itu sudah dikira sesuatu yang baik. Ia secara tidak langsung dapat membantu kemajuan kecergasan para pemain.
Jurulatih Perlis, Irfan Bakti turut mengakui betapa penggajian seorang pakar nutrisi kepada sesebuah pasukan bakal mampu meningkatkan tahap kecergasan pemain.

“Saya akui gagal mengawal kehidupan seharian pemain termasuk isu pemakanan. Saya cuma boleh memberi nasihat tetapi mereka yang menentukan mengenai pemakanan mereka.

“Pelantikan seorang pakar nutrisi mungkin dapat membantu memberi kesedaran kepada pemain mengenai kepentingan menjaga pemakanan. Saya gemar mengambil contoh pasukan Kelantan yang kini lengkap dengan segala-galanya. Mereka terbukti berada di prestasi terbaik kini.

“Korea dan Jepun sudah lama menyedari mengenai perkara ini. Setiap pasukan liga mereka mempunya tukang masak sendiri bagi memastikan para pemain mendapat makanan berkhasiat. Kini, anda lihat di mana mereka berada,” ujarnya.

Petikan UTUSAN MALAYSIA – 25 Februari 2009

'Lupakan nasi lemak, roti canai'

SUKAN

HANYA pemain bola sepak itu sendiri yang dapat mengubah cara pemakanan mereka bagi membentuk tubuh badan bertenaga dan fizikal yang cergas.
Itu yang dinyatakan Perunding Pusat Pemakanan Sukan, Institut Sukan Negara (ISN), Dr. Zsuzsanna Fajcsak yang mahu minda pemain bola sepak di negara ini tentang kaedah pemakanan yang betul diubah sepenuhnya.

"Tanggapan minda seorang juara adalah dia memikirkan tentang pemakanan. Anda sendiri yang kena tentukan apa makanan yang perlu dimakan.
"Jika dulu anda boleh makan apa saja ikut persekitaran tapi sekarang anda atlet, pemain bola, jadi kena tentukan sendiri. Makan untuk hidup, bukannya hidup untuk makan," katanya.
Zsuzsanna yang berasal dari Hungary berkata demikian ketika mengadakan sesi pendidikan tentang pemakanan sukan kepada pemain-pemain bola sepak bawah 15 tahun (B-15), B-16 dan B-17 kebangsaan di ISN, Bukit Jalil petang semalam.

Menurut Zsuzsanna, makanan-makanan bergula dan berlemak memang sedap tetapi keenakannya hanya bersifat sementara kerana ia bukan merupakan sumber tenaga yang baik buat seseorang atlet.

"Lupakan nasi lemak, roti canai, goreng pisang, kari, keropok dan minuman berkarbonat. Belajar untuk mengawal pemakanan anda.
"Apa yang diperlukan atlet adalah karbohidrat untuk sumber tenaga utama, protein untuk membina otot dan fungsi badan serta lemak untuk penyimpanan tenaga," ujarnya.
Menurut Zsuzsanna, tenaga yang diperlukan bagi seseorang individu itu dikira dalam unit kilokalori (kcal) dan ia berbeza mengikut aktiviti yang dilakukan.

"Orang dewasa yang tidak aktif perlukan 2,000 hingga 3,000 kcal sehari, orang dewasa aktif bersukan antara 2,500 hingga 3,500 kcal manakala seseorang atlet antara 2,000 hingga 6,000 kcal bergantung kepada jenis sukan.

"Makanan mengandungi karbohidrat adalah sayur, buah, nasi, roti, pasta dan bijirin, protein pula terdiri daripada daging, ayam, ikan, makanan laut, telur dan susu manakala lemak merangkumi keju, mentega, krim, minyak masak, kacang dan mayonis," katanya.

Petikan KOSMO – 24 Februari 2009

Monday, March 7, 2011

Aku Rindu Sayang Kamu - Black

Siang dan malamku kini menjadi satu
Terasa sedihku bila tiada mu
Apakah ini dinamakan cinta oh
Menjadi aku yang punya

Apakah kau dah tak sepertiku
Rasa hari-hariku tak menentu
Bagaikan lilitan terikat di jantungku
Terasa sungguh

Chorus
Aku rindu sayang kamu
Matamu aku cinta kepadamu
Sayang kamu

Apakah kau rasa sepertiku
Rasa hari-hariku tak menentu
Bagaikan lilitan terikat dijantungku
Terasa sungguh

Ulang Chorus 3x

Les Sekinchan - Gila Gila Pengantin

Les Sekinchan - Gila Gila Pengantin

       Am      E
Selamat datang buat tetamu semua
       Dm          Am
silalah masuk kedalam menjamu selera,
          Dm               Am
makan nasi minyak tambah banyak-banyak,
         E             Am
tak cukup kuah mintak penanggah,
          Dm               Am
makan nasi minyak tambah banyak,
         E             Am
tak cukup kuah mintak penanggah.

       Am            E
Di atas pelamin, pengantin duduk bersanding
       Dm             Am
mata menjeling-jeling kepala ikut berpaling
       Dm      Am
ayah dan ibu senyum tersipu,
        E      Am
teringat-ingat masa dahulu
       Dm      Am
ayah dan ibu senyum tersipu,
        E      Am
teringat-ingat masa dahulu.

c/o

     E
Orang dapur tak lupa
      Am
yang didepan nak tengok juga
        Dm             Am
sanak saudara yang lama tak jumpa

     E
Bukan saja yang tua
       Am
yang muda pun turut serta
       Dm      Am
samalah sama meraikannya
       Dm      Am
Ayah dan ibu senyum berseri
        E      Am
salam disambut pantun berisi
       Dm      Am
bunga manggar didepan pintu
          B             E
kompang berbunyi pengantin lalu

     Am
berbahagialah hendaknya
      E
semoga kekal abadi

           Dm      Am
Bersamalah menjaga maruah diri
       Dm      Am
selisih bahu memanglah ada
      E        Am
itu tandanya kasih setia
      Dm        Am
Biarlah aman selama-lama
         E             Am
berkatlah hidup berumah tangga

Train – Hey, Soul Sister

Heeey heeeey heeeeey...

Your lipstick stains on the front lobe of my left side brains
I knew I wouldn’t forget you
And so I went and let you blow my mind

Your sweet moving
The smell of you in every single dream I dream
I knew when we collided you’re the one I have decided
Who’s one of my kind

Hey soul sister, ain’t that mister mister on the radio, stereo
The way you move ain’t fair you know
Hey soul sister, I don’t wanna miss a single thing you do tonight

Heeey heeeey heeeey

Just in time, I’m so glad you have a one track mind let me
You gave my life direction
A game show love connection, we can’t deny

I’m so obsessed
My heart is bound to beat right out my untrimmed chestI believe in you, like a virgin, you’re Madonna
And I’m always gonna wanna blow your mind

Hey soul sister, ain’t that mister mister on the radio, stereo
The way you move ain’t fair you know
Hey soul sister, I don’t wanna miss a single thing you do tonight

Well you can cut a rug
Watching you is the only drug I need
So gangster, I’m so thug
You’re the only one I’m dreaming of
You see I can be myself now finally
In fact there’s nothing I cant be
I want the world to see you’ll be with me

Hey soul sister, ain’t that mister mister on the radio, stereo
The way you move ain’t fair you know
Hey soul sister, I don’t wanna miss a single thing you do tonight
Hey soul sister, I don’t wanna miss a single thing you do tonight
Heeey heeeey heeeeey (tonight)
Heeey heeeey heeeeey (tonight)

Joget Mak Andam - Ismail Haron

Mana dia si songket hitam
Hendak ku buat samping
Hendak ku lamar anak mak andam
Takut kena tempeleng
Hendak ku lamar anak Mak Andam
Takut kena tempeleng

Mana dia si songket hitam
Hendak ku buat samping
Konon berbaik dengan mak andam
Dara hendak ku bereng
Konon berbaik dengan mak andam
Tapi kena tempeleng ( hai garangnya mak andam, geramnya aku..)

#solo

Ini dia songket hitam
Buat sampingan si baju kurung
Ini joget hai joget mak andam
Buat menghibur hati yang bingung

#solo

Mana dia si songket hitam
Hendak ku buat samping
Hendak ku lamar anak mak andam
Takdak duit satu sen ( tolonglah makwe)
Hendak ku lamar anak mak andam
Tapi kocek ku kepeng

#solo
Ini dia songket hitam
Buat sampingan si baju kurung
Ini joget hai joget mak andam
Buat menghibur hati yang bingung

Joget Bujang Di Rantau - Black Dog Bone

Rindu si pungguk pada sang bulan
Tidur tak lena makan tak lalu
Ketika dirimu di rantauan
Jagalah tingkah laku
Tupai melompat didahan tinggi
Air yang jernih nampaklah bayang
Haruslah kau pandai ambil hati
Dirimu kan disayang
( korus )
Oranglah bujang kalau di rantau
Jangan suka menyombong bangga diri
( 2X )
Kalau memburu si anak rusa
Janganlah sampai ke hujung tanjung
Buatlah baik taburkan jasa
Namamu kan disanjung
( ulang korus )

Joget Sindir Pesan - Black Dog Bone

Berjalan kaki arah titian
Anak puyuh mencari makan
Andainya hati sudah berkenan
Usah tangguh buat lamaran

Jangan mata keranjang
Bila sedang berkasih
Jagalah hati sidia
Kalau sudah merajuk
Engkau yang serba salah
Apa kau buat tak kena

Pohonlah pauh ditebang tebang
Di sebelah rumah pak anjang
Di dalam tempoh sedang bertunang
Berbagai cabaran mendatang

Harus tabahkan hati
Fitnah usah peduli
Jangan bertindak melulu
Jauhkan pertengkaran eratkan kasih sayang
Bersandarkan keimanan

( korus )
Jangan hanya di masa bertunang
Berjalan berpimpin tangan
Bila sudah bersuami isteri
Tak mahu berjalan bersama

Bungalah rampai bunga kemuning
Tambah pula harum kasturi
Kalau dah sampai hari bersanding
Jangan lupa mengundang kami

Muga panjang usia dapat sama raikan
Untuk melihat mempelai
Bersanding depan ramai jangan tak tahan hati
Bila kena sindir pesan

Queen - I Was Born To Love You

I Was Born to Love You

Artist: Queen
 
 
I was born to love you
With every single beat of my heart
Yes, I was born to take care of you
Every single day...

(chorus:)
I was born to love you
With every single beat of my heart
Yes, I was born to take care of you
Every single day of my life

You are the one for me
I am the man for you
You were made for me
You’re my ecstasy
If I was given every opportunity
I’d kill for your love

So take a chance with me
Let me romance with you
I’m caught in a dream
And my dream’s come true
It’s so hard to believe
This is happening to me
An amazing feeling
Coming through -

(chorus)

I wanna love you
I love every little thing about you
I wanna love you, love you, love you
Born - to love you
Born - to love you
Yes I was born to love you
Born - to love you
Born - to love you
Every single day - of my life

An amazing feeling
Comin’ through

(chorus)

Yes I was born to love you
Every single day of my life

Go, I love you babe
Yes, I was born to love you
I wanna love you, love you, love you
I wanna love you
I get so lonely, lonely, lonely
Yeah, I wan’t to love you
Yeah, give it to me

Di ambang Wati - Wings

Yang putih bersih
Dalam gita kama
Si ratu yang di rindu
Persis citra sakti mimpi
Insan

Di ambang wati
Di dasar hati
Dan diri yang menyeru sumpahan
Sehangat nyawa bergelora

( 1 )
Terbuka hendaknya pintu segala azam
Malam antara malam sepasang rembulan
Kembali terpatri panji sejahtera
Mengotakan janji silam

Asmara kejar mengejar
Mendungnya sepanjang hari beredar
Asmara kejar mengejar
Mendungnya sepanjang hari

( ulang 1 )

Asmara kejar mengejar
Mendungnya sepanjang hari beredar
Menunggu bayangan berahi
Menghitung detik perpisahan
Mendamba ke pangkuan kekasih
Menangis dalam kesyahduan

Opera Hidup - Wings

Hidup bagaikan pentas opera
Tirai hidup dibuka
Ceritapun bermula...
Oh..Oh..Oh..Oh..

Hidup bagaikan pentas opera
Musik hidup bergema
Asyik insan bermula
Oh..Oh..Oh..Oh..

( 1 )
Lakonkan dengan semangat kejujuran
Sinarilah hatimu oh kesucian
Oh..rempuh api kepalsuan
Pastikan keadilan
Pastikan jaya

( 2 )
Hidup bagaikan pentas opera
Rentak lakon bermula
Siapakah wiranya
Oh..Oh..Oh..Oh..

Kita kecewa dan menderita
Lumrah alam biasa
Pastikah kau wiranya
Oh..Oh..Oh..Oh..

( 3 )
Lakonkan penuh bersemangat wira
Pastikan langkahmu oh keyakinan
Oh..Leburkan ketidak-adilan
Pastikan kedamaian
Pastikan jaya

(ulang 1, 2, 3 & 3

Mithali Cintaku - U-Topia



Ingin ku mencari bayangan dikau
Namun tiada bersua yang tersembunyi
Di dalam diri rasa cintamu yang abadi

Setiap detik dan tiap ketika
Tuhan mengerti yang kita mencuba
Mengapa kau masih tak peduli
Pengemis cintamu yang asing ini

Mithali...
Pengganti nama cintamu yang suci
Mithali...
Sang puteri yang membuat kuresah
Mithali...
Tiap suatu pastikan berubah
Mithali...
Mungkin kita kan bertemu semula

Bila kubaca pintu hatimu
kesetiaan cinta terkunci padu
Seakan kau turut berbicara
Agar kebahagiaan sama dirasa

Kiranya benar oh kekasihku
Betapa lama masa berlalu
Kiranya benar suatu siksaan
Mengapa tiada penderitaan

Mithali...
Pengganti nama cintamu yang suci
Mithali...
Sang puteri yang membuat kuresah
Mithali...
Tiap suatu pastikan berubah
Mithali...
Mungkin kita kan bertemu semula

Sofea Jane - Black Mentor

Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti
 
Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Chorus
Seandai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukah dirimu ‘tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Ulang chorus



Oh Juwita - Nubhan



Duhai Juwita sungguh aku tak mengerti
Tak pernah engkau mencoba untuk fahami
Aku yang selalu mencoba untuk menyayangimu disini
Duhai Juwita masihkah hancur hatimu
Setelah patah ditinggalkan kekasihmu
Ada aku yang akan selalu temani mengusap tangismu

Korus:
Akulah lelaki yang bisa mencintamu
Hingga nanti aku akan mati
Akulah lelaki yang bisa menjagamu
Hingga nanti akhir nafasku ini

Duhai Juwita sungguh aku tak mengerti
Tak pernah engkau mencoba untuk fahami
Aku yang selalu mencoba untuk menyayangimu disini

Tak akan ada lagi lelaki yang bisa mencintamu seperti ku
Uoooo…..

Ulang Korus

Oh Juwita - Nubhan Lirik

Memburu Impian - Kaza

Ku jejak
Jalan yang berliku
Membara jiwaku
Memburu impian

Ku renang lautan gelora
Biarpun tersadai
Di hujung dunia
Akan ku rempuhi segala rintangan
Biarpun rebah ku bangun sendiri

Korus
Akan ku genggam biarpun hitam
Menjadi milikku

Ku mula
Dengan langkah ini
Menuju sinaran yang abadi

She's Gone - Steel Heart


She's gone,
Out of my life.
I was wrong,
I'm to blame,
I was so untrue.
I can't live without her love.

In my life
There's just an empty space.
All my dreams are lost,
I'm wasting away.
Forgive me, girl.

(Chorus)

Lady, won't you save me?
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you.
Lady, oh, lady.

She's gone,
Out of my life.
Oh, she's gone.
I find it so hard to go on.
I really miss that girl, my love.

Come back into my arms.
I'm so alone,
I'm begging you,
I'm down on my knees.
Forgive me, girl.

(Chorus x2)

Lady, oh, lady.
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you.

Carrie - Europe

Carrie - Europe

When lights go down, I see no reason
For you to cry. Weve been through this before
In every time, in every season,
God knows Ive tried

So please dont ask for more.
Cant you see it in my eyes
This might be our last goodbye
Carrie, Carrie, things they change my friend

Carrie, Carrie, maybe well meet again somewhere again
I read your mind, with no intentions
Of being unkind, I wish I could explain
It all takes time, a whole lot of patience

If its a crime, how come I feel no pain.
Cant you see it in my eyes
This might be our last goodbye
Carrie, Carrie, things they change my friend

Carrie, Carrie, maybe well meet again
Cant you see it in my eyes
This might be our last goodbye
Carrie, Carrie, things they change

Carrie, Carrie, Carrie
Carrie, Carrie, maybe well meet again somewhere again
When lights go down

Cinta Pantai Merdeka - Tropika

 
 
Telah bertahun lama
Tenggelam arus masa
Di dalam ingatanku
Masih segar terasa

Terkadang aku sama
Mengatur bunga cinta
Keadaan memaksa
Kita terpisah jua

Andainya aku berdaya
Kan kucoretkan untukmu
Sebagai kenangan kita
Kan ku buktikan untukmu
Akan aku buktikan

( Korus )
Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Di situ Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa
Cinta kita terurai

Oh! Indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Oh... oh...

( 1 )
Masih ingatkah oh kekasih
Biarpun kini kau di mana
Namun dengarlah lagu ini
Cinta kita di Pantai Merdeka

( solo )

( ulang 1 & korus )

Mel Wings - Lantera Percintaan

pejam..kan matamu sayang..
tidur lena kubuaikan..
nyanyian rindu cinta nan syahdu..
menderu di kalbu..
oo....

masih...
jauh perjalanan..
untuk..
kita perhitungkan..
kerna kau masih belum mengerti..
apa itu cinta..
abadi..

kaulah lentera..
menyinari kamar...
hatiku..
yang dingin membeku...

kembara kita tiada hentinya..
selagi..usia belum dewasa..
biarku timbang tangis...
dan juga tawamu..
sebelum..
ku terlena..

seandainya perpisahan..
kelak ditakdirkan..
tabahkan hati..
usahlah diri..mu sedih..
oh..!

tenang..kanlah hatimu..
semat..cintaku di kalbu..
perjuanganmu menjadi lambang..
kesetiaan..
dititian...
perjalanan...
percintaan...

Lena Diulit Intan - Wings

Seingat aku
Kita pernah bertemu dulu
Di satu pesta keramaian

Anggun wajahmu
Menjadi perhatian
Dan hatiku juga berkocakan

Bagai lena yang diulit
Mimpi bertemumu
Ingin ku jadikan mu penyeri
Warna hidup ini

Oh tiada terbanding indah
Sewaktu bersamamu intan
Hilai tawa terpancarlah
Oh sinaran keinginan
Ingin dikasih
Seperti insan sedang berkasih.. oooh

Kau telah isikan
Ruangku yang kekosongan
Jadilah seorang insan
Yang penuh dengan pengertian
Yang amat mengharukan
Kalimahmu luahan dalam
Bukan sekadar puisi ciptaan
tapi tulus ikhlas dan kesungguhan..oooh

Sunday, March 6, 2011

Sedih Aku Pedih - KULIT

Sedih Aku Pedih

Artist: Kulit
 
 
Ku tinggalkan dirimu kekasihku
Ku tinggalkan semua yang telah berlalu
Lantaran hati di kawal nafsu
Dirimu tertindas
Dalam kekejamanku
Dalam keegoaanku
Kau tersiksa

Segunung penyesalan di bahuku
Seluas lautan dosaku kepadamu
Dia yang ku puja hanya berpura
Ku diperalatkan
Dia memandang dunia
Dia memandang harta dan rupa

( korus )
Berdosa ku kasih
Menghancurkan hatimu
Ku tahu kau merintih
Untung nasibmu keranaku

Sedih aku pedih
Mengenangkan dirimu
Namun apakan daya
Semua terjadi tak kembali

Ku pinta kasih aku pinta sayang
Harum mekar mewangi dijiwa
Namun tak mampu ku campakkan rindu ini
Keranaku tahu salahku
Keranaku sedar dosaku
Kepadamu ku mohon maaf
Sayangku

Rinduku Tiada Berteman - JELMOL

Jelmol
Rinduku Tiada Berteman


Tidak pernah ku rasa sepi sebegini
Rindu padamu kasih bila ditinggal pergi
Mana sumpah dan janji setiamu padaku
Manis cuma dibibir mainan kata-katamu

Terpaksa terima walau kering airmata
Berserah pada yang esa
Tiada harta berjuta dapatt kuberikan
Hanya hati dan belaian dapat kupertahankan

Terpaksa terima walau kering airmata
Tak sanggupku bercinta
Indah cuma kata-kata
Terpaksa ku telan kata indah si pujangga

Merindu tak kesampaian
Seperti pungguk dan bulan
Tiada harta berjuta dapat kuberikan
Hanya hati dan belaian dapat kupertahankan

Pada angin sampaikan kasihku padamu
Agar dapat kau rasakan
Rinduku tiada berteman

BUJANG SENANG - WINGS

Bujang Senang

Artist: Wings
Ketenangan air halus manja
Tersebut satu kisah puaka
Asal manusia
Menjadi buaya
Beraja di lubuk ngeri

Rangkak tenang mencari mangsanya
Segala berlaku senyap sunyi
Siapa mencabar bersedialah
Akan menjadi mangsanya
Akibat sumpah puaka

Suara ngeri
Datang dari lembah sunyi
Maut menanti
Dari sudut tanpa kesan
Kelaku misteri sukar di cari
Tubuh menyambar timbul tenggelam
Gelar diberi buaya ini
Buaya lagenda
Bujang Senang

SEJATI - WINGS

Sejati

Artist: Wings
Sejati
Itu yang kau ucapkan
Bila janji kugenggam
Bawah pohon kemboja
Yang sekecil kita

Menanti
Di mahligai mainan
Kita bina bersama
Dari dahan yang rapuh

Usia perangkap kita
Remaja kita tinggalkan
Namun aku masih
Menggenggam janji

Tinggal kenangan
Gagal segala impian
Tinggal bertanya
Erti sejati

Kenangan itu
Hanya mainan bagimu
Tinggal bertanya
Erti sejati
Yang telah engkau janjikan dulu

bagi orang keluar, lepas tu baru masuk...

Salam... pade sumua...

oleh sebab smalam (sabtu) aku men band orang kawen kat felda serting hilir 1, ahad petang dalam kul 3 aku gerak dari stesen seremban ke rasa naik komuter untuk berkumpul dgn family di bukit sentosa, rawang. sampai kat stesen mane ntah, aku pun lupe da macam nadmi yg dalam raja lawak 5 tu..
stesen pertame ok la semua org bleh beratur dgn baik... tunggu giliran, tidak berebut bertolak-tolakan...

sampai stesen lain, hari ahad besa la kan?? tren dok collect orang d tiap2 stesen...
lalu gerabak pun penuh cam tin sardin...
berbagai-bagai warganegara ade, bermacam2 orang, macam2 prangai...

bile sampai kat stesen tumpuan, korang pun tahu kan??
release n reload la kat bank negara,mid valley contohnye...
aku mule x selese, econ da jadi kurang sejuk dgn org berasak dalam tren,
berbahang dan kurang oksigen, lomeh den...
aku macam nak sesak nafas da...

permandangan ku kian terhad....
hinggakan gadis yg aku aim untuk dingorat pun hilang dari pandangan...
[fuh.... hampe beb, jodoh da melepas]
keadaan da macam naik keretapi mel mase kecik2 dulu nak g singapore ade gak,
keretapi bukak tingkap...
ade makcik jual jambu atas gerabak, keadaan yg macam tin sardin mase tu...

ada beza ke penumpang LRT dan komuter?? aku tgk sama je... sumer orang ada akal fikiran...

lain halnya dgn komuter... walaupun mula2 beratur dgn baik... tiba masa komuter sampai, semua bertolak-tolakan nak naik komuter... terdengarlah komen.. KTMB buat laa apa pun... sama jek keadaannya...
(cadangan: tampal stiker untuk memberi laluan kepada penumpang keluar terlebih dahulu!!!)
sampai terjerit-jerit brader ngan sister tu suruh kasi laluan untuk keluar.... hahahha....
nasib baek stesen rasa jauh g....

bg aku tak akan sama... kalu kita SEMUA penumpang komuter... tahu beradab sopan... sudah beratur, masuk ke dalan gerabak dgn tertib, tidak berebut2... tak sempat naik tren yg ini, tunggu tren seterusnya...
(mungkin tren seterusnye lembab nak mam... kot...)
aku pon x sanggup melainkan terpakse, contoh: apabile tren penoh banggat...
itu yg aku nampak dari pemerhatian aku di stesen LRT dan sewaktu dgnnye...

dan yg aku paling nampak sekali... LRT insyaAllah kompem sampai tepat pada waktunya seperti yg dijanjikan... manakala... komuter plak...
biasanya akan berlaku kelewatan yg tak tau laa disengajakan atau mmg tidak disengajakan...
banyak delayed,delayed n delayed (balik2 nak salahkan jugak komuter tuh)
hek leh memang betul pown...
kalau la pihak ktmb letak penjaga pintu tiap kali tren sampai macam kat hotel2 tuh....
p/s: suatu cadangan jugak ni (aku akan mohon jawatan tu kalau ade nanti)

Kritikan ikhlas untuk kebaikan...

Oleh Saye

Pengguna Setia Perkhidmatan KTMB

sila ''bedah siasat" !!!!!!!!!

Surat Terbuka kepada Dato' Seri Utama Presiden PBNS

Assalamualaikum Dato’ Seri Utama

Tanpa berselindung kami dari kelab e-Penyokong melahirkan rasa yang teramat sedih berikutan prestasi tidak seperti diharapkan pasukan Liga Super Negeri Sembilan di awal musim 2011 ini. Sudah terlalu ramai yang bercakap mengenainya, tetapi sejauh manakah pandangan ini dianggap buah fikiran membina, atau sekadar tohmahan untuk terus dibakul sampahkan. Apakah tiada satupun yang positif dari ribuan pendapat dan pandangan yang diutarakan melalaui laman sesawang (facebook umpamanya) Atau pendapat ini lahir dari emosi tidak terkawal kelompok yang dengkel dan cetek pertimbangan?

Tepuk dada tanya selera.

Kekalahan demi kekalahan sepatutnya menyedarkan untuk kita menoleh ke belakang melihat apakah strategi, pelaburan, perancangan dan perencanaan mengikut acuan, atau berlaku ketirisan yang mengakibatkan lompang yang memerlukan pemulihan segera.

Marilah kita berlapang dada, memberi dan menerima pandangan juga kritikan, seterusnya memperakui suara penyokong dan peminat yang masih sayangkan pasukan boleh dijadikan rencah menyelamatkan maruah. Sampai masanya pihak pentadbiran, pengurusan, kejurulatihan malah kelompok pemain itu sendiri dikejut dengan sedikit cubitan, untuk menyedarkan mereka dari lena yang panjang.

Sama ada mahu mengakui atau menafi, ada benar atau tohmahan semata, namun sudah heboh diperkata, malah bukan rahsia lagi bahawa kepincang dikaitkan berpunca dari kesilapan pihak pengurusan merangka strategi dan perancangan yang kononnya diurus secara professional dan berskala tinggi. Namun hakikatnya terlebih sudu dari isi sehingga melampaui tanggungjawab yang diberi. Lalu pihak kejurulatihan makan hati apabila peranan mereka turut dibayangi. Demi mengejar tiga piala, perancang jangka panjang sebelum-sebelumnya hanya tinggal rencana. Program pembangunan bakat sebelumnya telah ternoda.

Lalu berlakulah reformasi dalam pentadbiran dan barisan pemain demi mencapai kecemerlangan segera. Proses ‘menukar wajah’ dilakukan agak gelojoh dengan tidak mengambil kira kecantikan sedia ada. Pembelian pemain muda yang cetek pengalaman dianggap pelaburan sia-sia kerana barisan tersedia sudah mampu menggalas tanggungjawab yang diberi. Hakikatnya telah wujud kesefahaman yang jitu dalam pasukan, cuma sedikit penambahan untuk mewujud kesepaduan. Buktinya kita mara ke dua perlawanan akhir sedangkan di waktu itu kita dihantui deretan kecederaan pemain-pemain utama. Apakah ramuan di atas kejayaan itu? Sudah tentu persefahaman ini.

YAB. Dato’ Seri Utama

Kekalahan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 dikaitkan dengan pelbagai alasan yang boleh diterima pakai. Tetapi persoalan yang diutarakan oleh perantara rancangan Wisel Penamat siaran akhir RTM sebaik tamat perlawanan ketika itu, kononnya Negeri Sembilan sedang menghadapi masalah dalaman akibat campur tangan ‘orang luar’ seolah tidak diambil perhatiaan. Lalu kudis itulah yang konon membarahi keharmonian pasukan ini sekarang. Wallahualam...!

Saudara Wan Jamak dianggap pakar taktikal oleh sebahagian besar pengulas dan penulis sukan Negara. Tetapi sejak akhir-akhir ini beliau dilihat seakan buntu dan ketandusan idea sekalipun untuk menamakan kesebelasan utama dalam lambakan pemain yang dianggap berwibawa. Bukan sahaja lawan boleh membaca strategi yang dipersembahan, malah kalangan penyokongpun melihat seolah tiada pembaharuan. Tidak dilihat corak permainan pantas yang dipertontonkan seperti kelebihan yang dimilki pasukan Kedah dan Kelantan. Ketika pasukan lain semakin membina kecemerlangan, pasukan kita dilihat semakin tidak pro aktif, statik dan kekurangan ilham. Benarkah Saudara Wan Jamak dibayangi sesorang?

Meneliti pula barisan dan latar belakang deretan pemain berwibawa, seharusnya kita sudah boleh berangan untuk menggandingkan beberapa piala. Tetapi harapan yang diberikan kepada pemain-pemain yang ‘bernyawa’ ini seolah tiada ‘roh’nya. Masing-masing seolah keliru dengan peranan yang dipertanggungjawabkan dan akhirnya beraksi mengikut rentak sendiri. Dari tujuh perlawanan yang dilalui, hanya lima gol berjaya dihasilkan dan yang membimbangkan dua darinya bukan dari penyerang. Tiga gol pula dihasilkan oleh pemain berusia.

Satu bedah siasat secara menyeluruh, telus, ikhlas dan adil perlu dijalankan segera. Tindakan drastik perlu dilaksanakan tanpa memilih bulu demi memertabatkan semula maruah Negeri. Kami akan terus bersuara demi kecintaan terhadap negeri yang tiada batasnya. Siapapun yang menerajui, memimpin, melatih atau melaksanakan misi atas nama Negeri Sembilan, selagi itulah maruah harus dipertahan. Harus diingat, kita berkongsi Bendera, Lambang dan Jata Negeri yang sama.


Bersatulah! Kami optimis atas keperihatinan Dato' Seri Utama pasukan ini akan terus digeruni.


SOKONGAN TEGAR TANPA BERBELAH BAGI
"Musuhnya Habis Binasa"

Ahmad Zaini bin Baharun @ Abg Zaini maiMajau
Presiden Penaja
Kelab e-Penyokong Bolasepak Negeri Sembilan
n9futbol.com

6 Mac 2011