Nuffnang Ads

Tuesday, October 23, 2012

KISAH BANDUAN GERSANG (18SX)


Seorang banduan baru saja berjaya melarikan diri dari penjara setelah dipenjarakan selama 20 tahun. Dalam perjalanannya, dia terjumpa sebuah rumah dan memecah masuk kedalamnya untuk mencari duit. Tetapi yang ditemukan hanyalah sepasang pengantin baru yang sedang tidur di atas katil mereka.

Banduan itu mengarahkan pengantin lelaki turun dari katil dan mengikatnya di kerusi. Kemudian sambil mengikat pengantin perempuan di katil, banduan itu mencium lehernya, dan terus bergegas ke bilik mandi.

Sementara banduan berada di bilik mandi, pengantin lelaki berbisik kepada isterinya:

“Isteriku, dia adalah banduan yang melarikan diri dari penjara. Lihat saja baju yang dipakainya, dia mungkin sudah lama dipenjara dan tentu sudah lama tidak menyentuh wanita.

Dari cara aku lihat dia mencium lehermu, dia ingin melakukan hubungan seks denganmu, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya,berikan kepuasan.

Orang ini merbahaya, jika marah, dia pasti membunuh kita. Jadi bertahanlah sayang.. Abang cintakan ayang..”

Sambil tersenyum, pengantin perempuan membalas,
“Dia bukannya mencium leherku. Tapi dia berbisik ke telingaku. Dia cakap, dia ni homo dan katanyanya abang seksi sekali dan dia bertanya dimana saya simpan bodylotion? Saya jawab di bilik mandi. Saya rasa dia ingin melakukan hubungan seks dengan abang, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya, berikan kepuasan.

Bertahanlah sayang. Ayang cintakan abang juga..

Monday, June 25, 2012

Helter Skelter - Memori Mardiana (Audio)



Helter Skelter - Antologi (1991)

Wednesday, June 20, 2012

Ilyka - Di Usung Duka



Rock Kapak.....

Kasih yang kecundang
Memedihkan
Hanya sebuah keluhan rasa
Dapat menghias hati yang duka
Bertemankan kesunyian
Ku melawan perasaan

Dalam airmata
Yang berlinang
Aku mencari hakikat cinta
Akhirnya tewas di dalam resah
Ku wanita, tak berdaya
Nak melawan kenyataan

* Namun bila difikirkan
Mengapa ku menanggung seorang
Sedangkan engkau di sana riang
Bahagia dengannya

** Puas ku membalut luka
Namun pedihnya masih terasa
Menambahkan siksa di dada
Bagai bara menyala

*** Ingin rasanya ku buang
Kenangan yang memilukan
Tetapi ternyata
Parutnya masih ada
Ku diusung duka

Terkunci Dalam Sengsara - Jitu



rock purba kala

Metalian - Tetap Disini



Lagu popular dari kumpulan Metalian (Juara-Juara Rock).....

Sunday, March 25, 2012

X-RAY - Mekar Di Jiwa



ROCK PARANG...

Tuesday, March 13, 2012

LEGENDA..sekadar seorang insan (1989)

LEGENDA..sekadar seorang insan (1989)

Lagenda-Hikayat Cinta Kita(HQ Audio)





Lirik:

pertama kali kumengenalimu
aku terasa cinta syahdu
bukan sekali kurenung wajahmu
terasa engkaulah kasihku

pertama kali kau lafazkan kata
bagai terbina istana cinta
engkau dan aku sama menciptakan
hikayat cinta kita yang akan berkekalan
walaupun ada rintangannya

korus:
janji kita sesama menempuh sama mengharung
yang melintang meruntuhkan istana cinta
janji kita angin menderu ombak menghempas
semuanya hanya mainan dugaan semata

pertama kali kumengenalimu
aku terasa cinta syahdu
bukan sekali kurenung wajahmu
terasa engkaulah kasihku



Lipan Bara-Rindu Yang Tersisa



Terbaik Rock 80an....

Rock Uuuuu....

Lagenda - Kerna Cintaku (1989)



lagu ni selalu gak di mainkan di radio sekitar thn 1989 dan 1990,lagu lain yg best,Hikayat Cinta Kita,Sekadar Seorang Insan.......

K`rabat-Pertama Dan Terakhir

Taufan - Di Buai Mimpi 1989

Purnama-Melangkah Derita

Monday, March 12, 2012

TERAS-Ku kehilangan Dyana





Di tubuhkan sekitar tahun 80an....hanya merakamkan satu Album..
TERAS dianggotai oleh Ayem-gitar, Ayuz-gitar Acey-Vokal, Zul-bass & Man - Drum.

Metafora - Wasangka Cintaku



RINDU MENJADI RESAH
PURNAMA KIAN REBAH
PUDARLAH SERI WAJAH INDAH
LAGU JADI SEPI

INGIN AKU FAHAMI
MENDAMAI OMBAK RESAH
KERANA GELORA HATIKU
MENANGIS TAK SUDAH

ENTAHLAH SAMPAI BILA
AKU HARUS BEGINI
MENJADI PENANTI SETIA
DI PELABUHAN CINTA

KORUS:
INGIN KU TANYA PADAMU ANDAI CINTA KITA
KAU PERSIA KU KAU TINGGALKAN
MUNGKIN RESAH MENJADI NYATA
DI KALA KAU MEMADU CINTA
BERSAMANYA YANG KAU PUJA
BERSAMA KU YANG MERANA
MENGAPA

KERANA MASIH RINDU
AKU TETAP MENUNGGU
DAMAIKANLAH HATIKU INI
WASANGKA CINTAKU 

RIYADH - Bicara Ke Juwitaku



Juwitaku...desiran bayu
membelai daun-daun dalam hatiku

Hidupkanlah gelombang cinta
Yang aku curahkan sayang ku, pada mu...

Ingin ku bersama
Memiliki hatimu
Tak ingin mendusta
Janji cintaku

Fahamilah, ku sayang pada mu
dengarkanlah, bisikan hatiku
Fahamilah cintaku padamu
Dengarkanlah, bisikan hatiku

kobra-Sekali Terluka Selamanya Terasa

Sensasi-Asmara Dua Benua

garuda-bunga cinta berwajah nista

VILLOSA-Keluhuran Cinta

Antara Ku dan Dia - Selsius

Riyard - Melodi Cinta lama



Penyanyi yang kini bergelar ustaz Akhil Hayy... =D

Gamma - penyair cinta HQ



Orang kampung den ni dari Tanjung Ipoh, Kuala Pilah..


Penyair Cinta 

Aku memang tak segagah indera putra
Penuh sakti, kacak serta gagah berani
Tak sehebat Hang Jebat
Tak sesetia Hang Tuah
Tapi aku tetap aku

Aku ini bukan wira tidak juga
Sasterawan anugerah negara
Ku hanya penyair cinta
Dibuai impian bertemankan
Perasaan...

Bersenjatakan kertas dan pena
Kasih-sayangmu
Ingin rasanya kutawan
Tapi sayang hanya sekadar
Di dalam tulisan
Dalam kenyataan kenapa cintaku
Tak kau perhatikan kau anggap khayalan
Bagaimana harus ku membuktikan lagi
Agar kau percaya kata-kataku

SYJ-Ini Nasib Kita



Rock kapak......

Terjadi padaku
Terjadi padamu jua
Apa yang dikatakan
Sepi tanpa suara
Angin lalu
Bercerita ada rindu disana
Namun apa daya
Ini nasib kita...

*Tertumpu fikiran
Wajahmu membayang dimata
Nak ku capai engkau
Ku tak tahu bagaimana
Kemampuan yang mampu
Setakat merindu
Kita hanya bertemu dalam mimpi

**Walau dimana bilapun masa
Perhatian ku terhalang
Walau menanti hari ke hari
Ku yakin kita serupa

Rindu terpendam kita digenggam
Pasti ada pengorbanan
Begini aku dan bayanganmu
Sentiasa beriringan

Masa - Persandingan abadi HQ



Masa - Persandingan abadi

Terguris jiwa dalam sengsara
Cinta berbunga hanya seketika
Kupendam rindu batinku tersiksa
Bayang dirimu makin jauh dimata

Terimbas mimpi di waktu bersama
Dingin kasihmu tak lagi terasa
Kini kusedar tak lagi terlena
Saat bahagia pasti menjelma jua

Aku masih menanti saat kita bersama
Memadu kasih yang menghalang kita di sana
Rindu..rindu aku pada dirimu
Bertemu kita bersanding bersama selamanya

Kan kugenggam bara cinta lama
Tidak aku padamkan lagi
Walaupun beribu dugaan menanti
Kutetap menunggu kau kembali

Bawa daku bersamamau
Sama kita mendaki
Bawa daku bersamamu
Sama kita menangis

Warna cintamu indah sekali
Terpahat rindu terukir dihati
Terasa pahit untukku biarkan
Engkau berlalu tinggalku sendirian
Terasa pahit untukku biarkan
Engkau berlalu tinggalku sendirian

Menara-Memori Cinta Semalam



Lirik:

Cinta yang kau jejaki sejak kenangan silam
Menghantui dirimu demi cinta semalam
Hanya semalam
Jauh disudut hati engkau masih kukenang
Sayang cinta semalam kita menjadi mangsa
Angkara durja pentas dunia

Biarpun kecundang simpan saja dihati
Kenangan semalam yang menyakitkan

Aku yang sengsara
Aku yang menderita
Dalam penantian aku merana
Usah diulang pasti kecundang

Biarpun kecundang simpan saja dihati
Kenangan semalam yang menyakitkan

Aku yang sengsara
Aku yang menderita
Dalam penantian aku merana
Usah diulang pasti kecundang

Jauh disudut hati engkau masih kukenang
Sayang cinta semalam yang menyakitkan
Aku yang sengsara
Aku yang menderita
Dalam penantian aku merana
Usah diulang pasti kecundang

ILLUSI-Suara Cinta



Lagenda Rock Klasik

Bagaimanakah terjadi cerita ini
Telah berbunga cinta ku di talian mu
Dari seminit kata bermula abad cinta
Tidak 'kan berakhir tanpa wajah mu

Alunan suara nafas mu menutup ruang
Perjalanan ku terhenti tak kesampaian
Menjejak cinta lama yang hilang dari jiwa
Terlena di pangkuan suara cinta

Kau berada di hujung jerit suara ku
Dan langkah ini tidak terhenti sekarang
Sebelum tergenggam titik yang menjadi penentuan

Menjelmalah di halaman
Tercipta satu ukiran
Di dalamnya lakaran gema suara cinta
Bilakah jalinan suara
Akan membungakan nyata
Dapatkah sedetik ini ia terjadi lama..

Hidayu - Kenangan Cinta Silam (dengan lirik anotasi)



Generasi Rock Kapak/Jiwang & Ballards...

Tajol FTG iadalah salah seorang bekas anggota kumpulan Hidayu yang merupakan anak didik kumpulan may.Walaupun hanya sempat merakamkan sebuah album sahaja,namun lagu ini telah meninggalkan satu kepuasan yang sangat manis buat peminat peminat rock tanahair dahulu dan hingga sekarang.

Thursday, January 26, 2012

kisah benar , mesti baca ..





kisah ni btul2 trjadi.....takut beb....patut la penjara tu cm mnyeramkn.......huh!!!!!!!!!!! Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil 'Bilik Terakhir'. Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan 'BILIK TERAKHIR ' adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung. Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan 'Bilik Terakhir' itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau- ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata, 'Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa ' ' Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa ' Ha Ha Ha Ha Ha ' Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa ... ' hehehehehee........ ......... ..... time kaseh coz dengan kusyuknya korang baca........ p/s:- aku pun terkena...so apa salahnya aku foward kat korang... huah...huah... huah... huhuu.. :P

Friday, January 13, 2012

Yuna - Penakut (Khas kepada FAM dari pasukan2 yang telah teraniaya))

Salah siapa???? Tanya pada pokok apa sebab FAM goyang... =)

Kontroversi demi kontroversi menjelma lagi sebelum bermulanya sepak mula Liga Super Malaysia 2012. Selepas kontroversi harga tiket final rm50 di final Piala Malaysia 2011 antara Terengganu dan Negeri Sembilan beberapa bulan yang lalu. Kini FAM terlibat lagi dengan satu lagi kontroversi isu panas yang mencalarkan kredibiliti mereka selaku badan induk bolasepak negara. Rentetan itu. ramai pasukan yang turut terbabit dengan isu pengambilan pemain import 2012.
Ternyata, permohonan maaf dari setiausaha kehormat fam, Dato' Azzuddin Ahmad, tidak cukup untuk memuaskan hati banyak pasukan yang bertanding kerana kesilapan 'profesional' fam itu sendiri.

KONTROVERSI 'surat pekeliling' yang melibatkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) belum reda.
Semalam, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said tampil menyuarakan rasa kesal dan tidak puas hatinya ekoran 'penderitaan' yang dialami pasukan bola sepak Terengganu gara-gara kekeliruan yang timbul dalam surat tersebut.
Dalam nada keras, Ahmad mengemukakan tiga pilihan kepada FAM dengan dua daripada syarat itu ialah meminta badan induk bola sepak negara itu membayar ganti rugi atau membenarkan dua pemain import yang telah ditandatangani Terengganu beraksi dalam Liga Super.
Bagaimanapun, syarat ketiga yang disuarakan Ahmad perlu diambil serius FAM apabila Menteri Besar itu mengancam akan menarik penyertaan Terengganu dan T-Team daripada beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M).
"Saya mewakili kerajaan negeri yang memberi peruntukan kepada pasukan dan kami telah berbincang dengan peguam berkaitan isu ini.
"Kita nak ingatkan FAM, kalau mereka salah, mereka kena akui dan kita boleh terima. Tetapi kita ada tiga pilihan sebab kerajaan negeri yang bertanggungjawab ke atas pasukan Terengganu," tegas Ahmad kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kuala Terengganu semalam.
Jelas Ahmad lagi, tiga pilihan atau syarat itu ialah membenarkan kedua-dua pemain import yang telah didaftar itu bermain dengan Terengganu dalam Liga M serta membayar ganti rugi.
"Situasi paling sukar kemungkinan besar kita akan tarik pasukan Terengganu serta T-Team dan tidak akan bertanding dalam Liga Malaysia," ujarnya lagi.
Ahmad yang melihat sendiri surat pekeliling bertarikh 23 Disember itu juga menjelaskan, dia tidak takut untuk digantung demi menjaga maruah bola sepak Terengganu.
Katanya, surat pekeliling itu secara jelas menyatakan yang Terengganu boleh mendaftar pemain import untuk beraksi dalam Liga M sebelum 9 Januari dan tanpa menyebut satupun perkara berkaitan Piala AFC.
"Nak gantung, gantung la...sebab FAM tidak bersikap profesional. Kita main bola untuk suka-suka dengan liga yang kita ada. Tetapi kalau sudah begini, ia memang tidak adil.
"Kamu (FAM) beri arahan, lepas itu silap dan kemudian kamu salahkan kami. Itu tidak adil namanya. Kecualilah jika mereka ego.
"Sebab itu pasukan Malaysia tidak berkembang sebab ada pegawai-pegawai yang macam ini yang bermain politik. Kita kata kita profesional tetapi sikap tidak profesional," ujarnya.
Jelas beliau lagi, jika perkara ini tidak diselesaikan dengan cara baik, pihaknya juga sedia mengambil tindakan undang-undang berdasarkan surat pekeliling itu.
"Saya nak tengok reaksi selepas kenyataan ini dan apa yang FAM akan buat. Lagipun, kita sudah panjangkan perkara ini ke pihak peguam dan kita ada hak untuk tuntut.
"Kita saman bukan nak dapat kepentingan pun, tapi kerajaan negeri terpaksa tanggung kerugian. Kalau kita nak tunggu pemain import bermain bulan April, buat apa kerajaan negeri nak bayar begitu sahaja," tegasnya lagi.
Sebelum ini, kontroversi membabitkan FAM dan PBSNT bermula apabila Terengganu menandatangani dua pemain import iaitu Francis Forkey Doe dari Liberia dan Erison Da Silva Santos Carnieto dari Brazil berdasarkan surat pekeliling bertarikh 23 Disember yang dikeluarkan FAM kepada negeri itu.
Bagaimanapun, FAM kemudian mengesahkan yang PBSNT tidak boleh menggunakan khidmat pemain import itu pada awal musim ini memandangkan surat pekeliling itu hanya merujuk kepada kempen Piala AFC dan bukannya Liga M.
Sehari kemudian, FAM menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad kemudian telah memohon maaf ekoran kesilapan teknikal, namun tetap bertegas dua pemain import Terengganu itu tidak boleh beraksi dalam Liga M.
Dipetik dari sumber bahagian sukan Kosmo! Online.

Renung-renungkanlah:
            * Adalah tidak adil menghukum orang lain atas kesilapan yang berpunca daripada kita sendiri*

Thursday, January 12, 2012

Hikayat Pinggir Air



Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana ini mengandungi teks bahasa Cina. Anda hanya dapat melihat jika anda mempunyai sokongan perisian tertentu.
Hikayat Pinggir Air, juga dikenali sebagai Hikayat Penjahat-penjahat dari Paya (Cina Tradisional水滸傳Cina Ringkas水浒传pinyin: Shuǐhǔ Zhuàn) ialah salah satu daripada Empat Novel Klasik Agung dalam kesusasteraan Cina. Dikatakan ditulis oleh Shi Naian, dengan sesetengah orang mempercayai ia ditulis oleh Luo Guanzhong, novel ini memerihalkan dugaan dan kesengsaraan 108 orang penjahat pada zaman pertengahan Dinasti Song.

Isi kandungan

  [sorokkan

[sunting]Konteks dan perkembangan sejarah

Sebuah ilustrasi novel
Sebahagian kecil Hikayat Pinggir Air  berdasarkan penjahat sejarah, Song Jiang, berserta 36 orang rakannya. Gerombolan ini aktif di kawasan Sungai Huai, tetapi akhirnya menyerahkan diri kepada askar-askar kerajaan pada tahun 1119. Mereka dicatatkan dalam sejarah rasmi Dinasti Song (宋史), dengan nama Song Jiang muncul dalam bab mengenai Maharaja Huizhong, dan kegiatan gerombolannya dalam bab mengenai Zhang Shuye (張叔夜).
Cerita-cerita budaya rakyat mengenai Song Jiang tersebar semasa Dinasti Song Selatan. Teks pertama yang menamai 36 orang rakannya ialah karya Guixin Zashi  yang ditulis pada abad ke-12. Antara 36 orang rakan itu ialah Lu JunyiGuan ShengRuan XiaoerRuan XiaowuRuan XiaoqiLiu TangHua Rong danWu Yong. Sesetengah watak yang kemudian dikaitkan dengan Song Jiang juga muncul pada sekitar masa ini. Mereka termasuk Sun LiYang ZhiLin ChongLu Zhishen, dan Wu Song.
Salah satu perintis langsung kepada Hikayat Pinggir Air  ialah karya Da Song Xuanhe Yishi  (大宋宣和遺事, peristiwa-peristiwa lama pada zaman Xuanhe dalam Dinasti Song) yang muncul pada sekitar pertengahan abad ke-13. Teks itu pada dasarnya menepati versi para pencerita lisan yang mendasarkan peristiwa-peristiwa sejarah secara kurang tepat. Ia dibahagikan kepada sepuluh bab, dan lebih kurang meliputi sejarah Dinasti Song dari awal abad ke-11 sehingga pengasasan rejim Song Selatan pada tahun1127. Bab keempat meliputi pengembaraan Song Jiang dan 36 orang rakannya sehingga kekalahan mereka pada akhirnya kepada Zhang Shuye (張叔夜). Sesetengah cerita dan watak yang lebih terkenal dalam Hikayat Pinggir Air  dapat ditemukan dalam karya ini, termasuk "Yang Zhi menjual pedangnya", "Mencuri hadiah hari jadi", Song Jiang membunuh abdi perempuannya", "Berlawan dengan Fang La", dan sebagainya. Ia berlatarkan pengembaraan Song Jiang dan rakan-rakannya di Gunung Taihang, dengan gerombolannya terdiri daripada bermacam-macam orang, termasuk nelayan, bekas pelatih tentera empayar, pemilik rumah penginapan, dan sebagainya.
Cerita-cerita tentang penjahat-penjahat dari Gunung Liang merupakan salah satu jalan cerita yang popular dalam drama Dinasti Yuan. Sejak dari masa itu, bahan-bahan yang mendasarkan Hikayat Pinggir Air  telah berkembang menjadi bentuk masa kini. Bilangan penjahat Song Jiang juga telah ditambahkan menjadi 108 orang, dan walaupun mereka berasal daripada latar belakang yang berbeza, mereka akhirnya mendiami di Gunung Liang.
Terdapat sebuah teori yang mengatakan bahawa Hikayat Pinggir Air  menjadi popular semasa Dinasti Yuan kerana orang ramai berasa geram terhadap para pemerintah Mongol. Mempromosikan Hikayat Pinggir Air  yang menonjolkan pemberontakan Song Jiang tidak menimbulkan sebarang bahaya kerana novel ini mengkritik Dinasti Song pada zahirnya, walaupun ia secara tersirat juga menyeru para penduduk supaya menentang semua kerajaan yang korup.

[sunting]Pengarang dan edisi-edisi awal

Shuihu5.PNG
Terdapat banyak pertikaian tentang siapakah penulis Hikayat Pinggir Air  yang sebenar. Kebanyakan orang menganggap 70 buah bab yang pertama ditulis oleh Shi Nai'an, manakala 30 buah bab yang terakhir ditulis oleh Luo Guanzhong, penulis karya Hikayat Tiga Kerajaan.  Luo mungkin merupakan murid Shi Nai'an. Bagaimanapun, terdapat juga cadangan bahawa Shi Nai'an bukannya penulis lain tetapi merupakan nama samaran Luo Guanzhong sendiri. Kunci-kunci dalam teks membayangkan bahawa penulisnya berasal dari provinsi Zhejiang (kedua-dua Luo dan Shi adalah anak Zhejiang) dan tidak mempunyai banyak pengetahuan tentang China utara. Dalam sebuah persidangan pada tahun2006, para cendekiawan utama yang mengkaji karya ini bersetuju bahawa Shi dan Luo mungkin merupakan orang yang sama kerana nama Shi Nai'an, jika disongsangkan menjadi "an nai shi", akan membawa pengertian "Itulah saya lagi."
Bagaimanapun, tidaklah jelas betapa serupanya edisi Luo dengan edisi masa kini. Edisi Hikayat Pinggir Air  terawal yang masih wujud ialah sebuah teks tercetak 100-bab yang wujud sejak dari pertengahan abad ke-16 lagi. Lagi sebuah edisi, dengan 120 buah bab yang ditulis oleh Yang (楊定見) telah dikekalkan sejak zaman Maharaja Wanli (15731620). Edisi-edisi lain yang telah diterbitkan sejak dari zaman ini sehingga awal Dinasti Qing termasuk sebuah edisi 70-bab oleh Jin Shengtan.

[sunting]Garis kasar bab

Bab pertama bermula dengan pembebasan 108 makhluk halus, dengan bab kedua menghuraikan kebangkitan Gao Qiu, antagonis utama bagi 108 makhluk tersebut. Selepas bab kedua itu diikuti cerita-cerita tentang berbagai-bagai penjahat. Pada mula-mulanya, cerita ini kelihatan merupakan banyak cerita yang berasingan dan dari satu segi, ini adalah benar. Hubungan antara watak-watak amat kabur. Tetapi cerita itu akhirnya kelihatan berpadu menjelang sekitar Bab 40, semasa pembuangan dan penyelamatan Song Jiang yang kemudian menjadi ketua kepada 108 penjahat itu. Sebaik sahaja watak-watak utama berkumpul di paya yang terletak di Gunung Liang, cerita ini menghuraikan pertempuran-pertempuran dengan dinasti Song. Song Jiang tetap menonjolkan kesetiaannya kepada maharaja dan selepas memenangi banyak pertempuran terhadap angkatan tentera empayar, gerombolan penjahat itu ditawarkan pengampunan dan dijemput oleh maharaja untuk menjadi sebuah angkatan tentera rasmi. Song Jiang menerima jemputan itu dengan rela, tetapi Gao Qiu yang tidak gembira akan mereka, menghantar mereka untuk melawan musuh-musuh dinasti dengan penghabisan yang penuh tragedi.
Garis kasar bab-bab yang berikut berdasarkan edisi 100-bab. Edisi 120-bab yang ditulis oleh Yang termasuk kempen-kempen para penjahat yang lain yang dilakukan bagi pihak dinasti Song, manakala edisi 70-bab oleh Jing tidak memasukkan bab-bab mengenai penerimaan pengampunan oleh para penjahat serta kempen-kempen mereka yang menyusul.
1Marsyal Hong membebaskan 108 makhluk halus
2Kebangkitan Gao Qiu
2–3Cerita tentang Shi Jin
3–7Cerita tentang Lu Zhishen
7–12Cerita tentang Lin Chong
12–13Cerita tentang Yang Zhi
13–20Perampasan hadiah-hadiah hari jadi yang diketuai oleh Chao Gai dan "7 yang asal"
20–22Cerita tentang Song Jiang
23–32Cerita tentang Wu Song
32–35Cerita tentang Hua Rong
36–43Pembuangan dan penyelamatan Song Jiang
44–47Cerita tentang Shi Xiu dan Yang Xiong
47–50Tiga serangan ke atas Desa Keluarga Zhu
51–52Cerita tentang Lei Heng dan Zhu Tong
53–55Para penjahat menyerang Gaotangzhou; mencari Gongsun Sheng
55–57Serangan empayar yang pertama ke atas Paya Liangshan (diketuai oleh Huyuan Zhuo)
57–59Para penjahat menyerang Qingzhou
59–60Para penjahat menyerang Gunung Mangdang
60Serangan pertama ke atas Desa Keluarga Zeng; kematian Chao Gai
60–67Cerita tentang Lu Junyi; para penjahat menyerang Damingfu; serangan empayar yang kedua ke atas Paya Liangshan (diketuai oleh Guan Sheng)
67Serangan empayar yang ketiga ke atas Paya Liangshan (diketuai oleh Shan Ting-gui dan Wei Ding-guo)
68Serangan kedua ke atas Desa Keluarga Zeng
69–70Para penjahat menyerang Dongpingfu dan Dongchangfu
71–74108 orang pahlawan berhimpun dengan sepenuhnya; telatah Li Kui yang lawak tetapi boleh membawa maut
75–78Maharaja menawarkan pengampunan buat pertama kali; Serangan empayar yang keempat ke atas Paya Liangshan
78–80Serangan empayar yang kelima ke atas Paya Liangshan (diketuai oleh Gao Qiu)
81–82Para penjahat diberikan pengampunan
83–89Para penjahat menyerang kaum Tatar Liao
90–99Para penjahat menyerang pemberontak selatan (Fang La)
100Pembubaran para penjahat dari Paya yang tragik
Versi dilanjutkan memasukkan ekspedisi-ekspedisi gerombolan penjahat terhadap dua orang ketua pemberontak yang terkenal, iaitu Tian Hudi Hebei dan Wang Qing di Szechuan, sebelum gerombolan tersebut terhadap Fang La.

[sunting]Senarai 108 pahlawan

Watak Hikayat Pinggir Air
Pengasas
Chao Gai
36 Makhluk dari Syurga
Song Jiang | Lu Junyi | Wu Yong | Gongsun Sheng | Guan Sheng | Lin Chong | Qin Ming | Huyuan Zhuo | Hua Rong | Chai Jin | Li Ying | Zhu Tong | Lu Zhishen | Wu Song | Dong Ping | Zhang Qing | Yang Zhi | Xu Ning | Suo Chao | Dai Zhong | Liu Tang | Li Kui | Shi Jin | Mu Hong | Lei Heng | Li Jun | Ruan Xiaoer | Zhang Heng |Ruan Xiaowu | Zhang Shun | Ruan Xiaoqi | Yang Xiong | Shi Xiu | Xie Zhen | Xie Bao | Yan Qing
72 Setan Duniawi
Zhu Wu | Huang Xin | Sun Li | Xuan Zan | Hao Si-wen | Han Tao | Peng Qi | Shan Ting-gui | Wei Ding-guo | Xiao Rang | Pei Xuan | Ou Peng | Deng Fei | Yan Shun |Yang Lin | Ling Zhen | Jiang Jing | Lu Fang | Guo Sheng | An Dao-quan | Huangfu Duan | Wang Ying | Hu San Niang | Bao Xu | Pan Rui | Kong Ming | Kong Liang |Xiang Chong | Li Gun | Jin Da-jian | Ma Lin | Tong Wei | Tong Meng | Meng Kang | Hou Jian | Chen Da | Yang Chun | Zheng Tian-shou | Tao Zong-wang | Song Qing |Yue He | Gong Wang | Ding De-sun | Mu Chun | Cao Zheng | Song Wan | Du Qian | Xue Yong | Shi En | Li Zhong | Zhou Tong | Tang Long | Du Xing | Zou Yuan |Zou Run | Zhu Gui | Zhu Fu | Cai Fu | Cai Qing | Li Li | Li Yun | Jiao Ting | Shi Yong | Sun Xin | Gu Dasao | Zhang Qing | Sun Er Niang | Wang Ding-liu | Yu Bao-si | Bai Sheng | Shi Qian | Duan Jing-zhu