Nuffnang Ads

Monday, January 21, 2013

Jom Berubah....!!!!!!!!!


Salam sejahtera pada semua...
Untuk makluman semua pilihanraya Malaysia akan diadakan dalam tempoh 2 atau 3 bulan dari sekarang. Kerajaan yang ada sekarang iaitu Barisan Nasional (BN) di lihat agak mustahil untuk memenangi kempen kali ini atau mengekalkan kerusi 2/3 mereka.
kerajaan pimpinan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak (NTR) dilihat sangat terdesak untuk mengekalkan penguasaan mereka.
Gerakan Reformasi yang dicetuskan oleh Ketua pembangkang (PKR) iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim berjaya membawa kepada kebangkitan rakyat dengan berjaya mendedahkan komplot jenayah, rasuah, skandal politik dan sebagainya.
NTR (Najib Tun Razak) harus mengatur strategi untukmemenangi sokongan rakyat yang telah pudar. Mereka tidak ada pilihan selain menang pilihan raya ini untuk mengelakkan terbongkarnya skandal-skandal, korupsi-korupsi dan politik kroni-kroni yang disimpan tanpa diketahui oleh penyokong-penyokong setia mereka yang dibuta tulikan sejak sekian lama. Nescaya itu, sudah ramai sebenarnya penyokong-penyokong mereka yang telah melompat ke parti lawan kerana tidak percaya dan yakin lagi kepada NTR.
NTR ini sebenarnya cuma boneka sahaja kerana masih ada orang yang mempengaruhinya dari belakang. Rasanya semua sudah tahu, siapa gerangannya itu. Dengan pelbagai kempen yang giat dijalankan untuk menutup belang politik kotor mereka seperti pembukaan koperasi(coop) 1 Malaysia, klinik dan kedai. Pendek kata, semuanya 1 Malaysia belaka.
Isteri Perdana Menteri Datin Rosmah Mansor yang dikenali sebagai "Lebih sudu dari kuah" kerana dianggap sebagai perdana menteri sebenar oleh kebanyakkan rakyat negara ini.  
Jika pemerintahan negara ini bertukar servis, saya percaya Malaysia mempunyai masa hadapan yang lebih bersinar menuju wawasan 2020 serta meningkatkan moral rakyat dalam mendapat kehidupan yang lebih baik. Rakyat juga harus bersedia selepas itu dengan dihidangkan tentang penyelewengan-penyelewengan yang berlaku di negara ini.
Impian saya adalah untuk melihat jurang yang tidak begitu ketara dalam hidup dari segi ekonomi, tiada kemiskinan, banyak peluang pekerjaan, kurang jenayah dan pengurangan pekerja asing.
Apapun, keputusan anda yang akan menentukan masa depan negara.

Sunday, January 20, 2013

Kumpulan Video Lucu Gagal 2012



hahahahaha.... kelakar ade... kesian pun ade.... =)

Friday, January 18, 2013

Just For Laugh- Top 10 funny pranks.3gp



kikikikikiki..... bejait betul.........

Top 10 Funny Pranks of 2012



wakakkakakaa.....

funny scary pranks!



Hahhahahahha...... bodo giler diorang ni....

Thursday, January 17, 2013

Lelaki Ajaib & Pelik !!!



Kalau masuk sukan olimpik ni confirm pingat emas ni.... haha....