Nuffnang Ads

Thursday, January 12, 2012

Effa menganeh laie...!!!!

Paroy,10 Jan - Liga Super Malaysia musim 2012 di antara pasukan Negeri Sembilan menentang Selangor berakhir dengan keputusan seri dua sama di Stadium Tuanku Abd Rahman, Paroi (STAR) malam tadi.
"The Jangs" gagal manfaatkan kelebihan selepas mendahului selangor 2-0 diseparuh masa pertama hasil jaringan penyerang cameroon effa owona. Meskipun effa memberi harapan untuk menggapai kemenangan dan mengutip 3 mata. Namun, barisan pertahanan gagal bertahan dengan baik.


Pasukan Negeri Sembilan yang memulakan perlawanan dengan  gandingan pasukan yang menjuarai piala Sumbangsih beberapa hari lalu berjaya menguasai permainan dengan baik dan memperolehi dua  gol di separuh masa yang  pertama.
                                           
seawal minit ke-3 effa menanduk masuk hasil lambungan shakir ali dari dalam kotak penalti. ternyata permata hitam yang sedang jadi bualan ramai ini menggunakan ketinggiannya untuk gol pertama tuan rumah.


 Pada mini ke -33, shahurain abdul samah mendapat peluang untuk menjaringkan gol kedua tuan rumah, namun dibentes oleh pemain pertahanan selangor. Pengadil perlawanan tidak teragak untuk memberi penalti kepada skuad jang. Jean Emmanuel Effa Owona tenang menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-34,
Kebangkitan Selangor  pada  separuh masa kedua di mana Irfan Bakti menyusun kembali jentera dengan menguatkan jentera  serangan ditambah pula dengan persembahan Negeri Sembilan yang longlai diseparuh masa kedua dengan membiarkan pemain-pemain selangor berleluasa dan menguasai bola. Apatah lagi setelah kehilangan Tengku Quayyum yang cedera sehingga mudah ditembusi lawan. 
Gol pertama Selangor hasil rembatan Amirul Hadi Zainal pada minit 66 mengubah corak permainan pasukan Selangor yang memaksa  pasukan bimbingan Azraai Khor Abdullah banyak melakukan kesilapan.
Pada minit yang ke-73, giliran Selangor pula memperolehi jaringan melalui sepakan penalti yang di sempurnakan oleh Safiq Rahim membawa keputusan kekal 2-2 sehingga masa penamat.    
Keputusan ini menjadikan Negeri Sembilan dan Selangor berkongsi 1 mata.
Walaubagaimanapun keputusan ini adalah permulaan yang baik bagi kedua-dua pasukan dalam musim baru Liga Super Malaysia 2012.

No comments:

Post a Comment