Nuffnang Ads

Tuesday, January 10, 2012

NEGERI SEMBILAN JULANG PIALA MALAYSIA SEKALI LAGI

STADIUM penuh dengan lautan manusia yang memakai pakaian kuning dan putih pada aksi perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 antara Negeri Sembilan dengan Terengganu di Stadium Shah Alam, malam tadi. - Foto Zulfadhli Zulkifli
Jika sepuluh tahun yang lalu di stadium Shah Alam menyaksikan Yeob telah menidakkan Jang dari memenangi perlawanan akhir 2000 dengan kemenangan 2-0 ketika Negeri Sembilan sangat berhajat untuk menamatkan satu penantian selama berpuluh tahun dan pengharapan seluruh rakyat negeri ini untuk menamatkan kemarau kejuaraan
Piala Malaysia daripada terlerai.

Namun, tanggal 29 Oktober 2011, jam 8.45 malam. Seluruh stadium Shah Alam telah dibanjiri gelombang putih dan kuning untuk menyaksikan perlawanan akhir antara Pasukan Terengganu dan Pasukan Negeri Sembilan. Peratusan penyokong dianggarkan 60-40 peratus. 60 kepada Terengganu manakala 40 peratus lagi milik penyokong Negeri Sembilan.


      Di kejutkan dengan gol pendahuluan terengganu, "The Jangs" bangkit menerusi percubaan S. Kunanlan hasil aksi akrobatik Sarbinee Allawee , dan jaringan kelas dunia penyerang prolifik Negeri Sembilan, Hai-O (Hairudin Omar).



    Piala Malaysia 2011 sah milik Negeri Sembilan dengan keputusan Piala Malaysia 2011 (final) berkesudahan 2-1. Kalau ikutkan sejak daripada separuh masa pertama boleh dikatakan milik Negeri Sembilan. Tahniah diucapkan kepada pasukan Negeri Sembilan.
Cuma, kami agak kecewa dengan tahap kualiti padang Stadium Shah Alam. Semacam tak bersedia dan tidak menunjukkan kesungguhan untuk membaikinya.Tetapi tahap padang tidak menampakkan pemain bermain di pentas final Piala Malaysia 2011. Rentak permainan terganggu akibat padang teruk. mungkin angkel midin yang beri cadangan untuk buat final di situ untuk mendapatkan sumber dari final PM 2011 untuk merepair stadium diorang.
Walaupapun, Negeri Sembilan dilihat berhak untuk jadi Juara Piala Malaysia 2011 kerana sejak daripada awal lagi acapkali menyerang kubu pertahanan Terengganu. Manakala, Terengganu pula dilihat lebih banyak bertahan dan sesekali melakukan serangan balas .




KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN:

TERENGGANU 1 - 2 NEGERI SEMBILAN 

(Ashaari 59', S Kunalan 81', Hairuddin Omar 86')





juara piala malaysia 20112 Juara Piala Malaysia 2011. Negeri Sembilan Bangkit Tumbangkan Terengganu


Terengganu           : 1 (Ashaari Shamsudin minit ke-59)
Negeri Sembilan : 2 (S. Kunalan minit ke-81, Hairuddin Omar minit ke-85) – Juara Piala Malaysia 2011
Ini pula penjaring gol kemenangan bagi Negeri Sembilan, Hairuddin Omar sehingga membawa Negeri Sembilan bergelar Juara Piala Malaysia 2011 :

juara piala malaysia 20111 Juara Piala Malaysia 2011. Negeri Sembilan Bangkit Tumbangkan Terengganu
Negeri Sembilan bergelar juara Piala Malaysia buat kali ketiga
Tahniah diucapkan kepada pasukan Negeri Sembilan kerana berjaya merangkul gelaran Juara Piala Malaysia bagi tahun 2011!



No comments:

Post a Comment