Nuffnang Ads

Tuesday, November 2, 2010

PIALA MALAYSIA BERPINDAH TANGAN

Kelantan mencipta sejarah mereka yang tersendiri setelah menumbangkan juara Piala Malaysia 2009 yang juga juara bertahan Negeri Sembilan 2-1 di stadium Nasional Bukit Jalil pada hari sabtu,
30 oktober 2010 yang lalu untuk merangkul kejuaraan sulung mereka dalam penyertaan sepanjang dari Piala HMS Malaya hingga ke Piala Malaysia. Ternyata usaha presiden Kafa Tan Sri Anuar Musa berbelanja besar dan menambat pemain bintang berkelipan untuk beraksi bersama Kelantan berbaloi pada musim ini apabila berjaya menamatkan pemburuan Piala Malaysia setelah sekian lama.

                                  Kita Kini Bergelar Juara!!!

Pertemuan ini merupakan perlawanan ulangan peringkat akhir 2009 dimana skuad hoben jang hoben ini meratah pasukan dari negeri Cik Siti Wan Kembang dengan kemenangan 3-1. Setelah penantian berpuluh tahun skuad jang berakhir kini giliran skuad gomo kelate gomo pula mengakhiri penantian panjang mereka. Setelah Negeri Sembilan menghadiahkan Piala Malaysia sebagai hadiah kepada peristiwa pertabalan Yang Di Pertuan Besar Tuanku Muhriz, kali ini giliran Kelantan pula membawa Piala Malaysia di tuju khas kepada Sultan mereka sebagai hadiah pertabalan Sultan Kelantan.


Perlawanan akhir tahun ini lebih meriah dari tahun lalu yang menemukan pasukan yang sama. Sekali lagi lautan merah mendominasi stadium Nasional Bukit Jalil. Kali ini hampir 90,000 penyokong kepada kedua-dua pasukan hadir dengan semanggat dan harapan untuk melihat kejayaan pasukan kesayangan mereka.
Saya yang tiba dengan rombongan dua buah van dari Kuala Pilah bersama saudara mara dan sahabat tiba
di Bukit Jalil pada pukul 4.15 petang dimana pada masa itu tempat letak kereta di kawasan astro Bukit Jalil belum lagi padat. Perjalanan rombongan kami tersesat pula ke pintu masuk penyokong Kelantan dan beberapa insiden provokasi cuba dilakukan oleh segelintir penyokong red wariors kepada rombongan kami. Namun, ketika kami tercari-cari pintu ungu, beberapa penyokong Kelantan yang mempunyai semangat setia kawan memanggil rombongan kami untuk bergambar dan secara berseloroh salah seorang dari mereka (penyokong Kelantan) berkata ''kami kat luar je baik.. kat dalam tak tahu lagi'' selepas bergambar kami beredar pula ke pintu masuk penyokong pasukan Negeri Sembilan di pintu ungu. Kemudiannya kami berehat di bawah sebatang pokok di hadapan pintu ungu untuk aktiviti ''make up'' sebelum memasuki stadium Nasional.
                                                      
Begitulah gelagat para penyokong kedua-dua pasukan dan para peniaga di perkarangan Stadium Nasional. Pada perlawanan akhir musim ini saya tertarik dengan peniaga pelekat pipi yang menghampiri penyokong kedua-dua pasukan untuk memberi perkhidmatan menjual dan menampal pelekat. Ini menunjukkan para peniaga sentiasa memikirkan idea-idea untuk memeriahkan final sekaligus penutup kempen Piala Malaysia ini. Tepat jam 6.15 petang selepas aktiviti ''make up'' kami pun memasuki stadium untuk mencari tempat duduk dan melihat gelagat penonton di dalam stadium pula. Lautan merah yang gelap nyata menenggelamkan hampir 25,000 warna kuning terang yang sekali sekala cuba memecah dominasi pekikan dan paluan gendang penyokong Kelantan.
seperti biasa insiden-insiden kecil tetap berlaku dimana-mana venue atau tempat sekalipun iaitu letupan mercun, membaling botol ke padang dan ke arah penyokong umpama ''bertukar-tukar cenderahati".


 Kira-kira jam 8.50 malam perlawanan akhir yang ditunggu-tunggu penonton bermula dengan juara bertahan Negeri Sembilan melancarkan serangan bertali arus dan naib juara musim lalu Kelantan sekali-sekala membalas menerusi asakan "bekas" hero skuad jang pada musim lalu iaitu Hairudin Omar bersama gandingannya Norsyahrul Idlan Talaha dan dibantu oleh playmaker Indraputra Mahayuddin dengan asakan berbahaya ke gawang skuad hoben jang hoben yang dikawal oleh Sani Anuar Kamsani dan kubu jang turut dijaga rapi oleh gandingan ala kubu ''tembok besar China'' pemain berpengalaman Shukor Adan dan Aidil Zafuan. Negeri Sembilan terlebih dahulu menjadikan perlawanan akhir ini seakan drama musim lalu dimana mereka menjaringkan gol awal menerusi penalti Shahurain Abu Samah minit ke-16 setelah pemain sayap lincah negeri iaitu S.Kunanlan bijak membolosi kawalan pertahanan Kelantan dan cuba memperdaya penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi tetapi sempat menyekat Kunanlan dengan bentesan yang tidak mengenai bola tetapi mengenai kaki Kunanlan.

Pengadil perlawanan akhir edisi Piala Malaysia kali ini, Subkhiddin Mohd Salleh tidak teragak-agak untuk menghadiahkan sepakan penalti. Shahurain berjaya merembat kencang ke bahagian atas sudut kiri Khairul Fahmi tetapi Subkhiddin telah membatalkan tendangan itu mungkin kerana wisel belum ditiup. Namun, ketenangan mental yang kuat Shahurain harus dipuji kerana dia berjaya menewaskan Khairul Fahmi sekali lagi, kali ini rembatan deras ke sebelah kanan Khairul Fahmi yang hanya dilihat oleh penjaga gol itu. Jaringan itu melenyapkan serta membisukan kira-kira 65 ribu penyokong setia red wariors. Selepas jaringan itu, Kelantan mengandakan asakan yang hampir menghasilkan gol penyamaan sehingga mendebarkan penyokong lawan hingga tamat separuh masa pertama.

Aksi diseparuh masa kedua lebih mendebarkan, lebih-lebih lagi kepada penyokong skuad jang apabila Kelantan menguasai bola dan kerap mengacah kubu Negeri Sembilan. Negeri Sembilan yang tidak dapat menurunkan kesebelasan utama mereka seperti final musim lalu (kecuali Hai-O yang menyertai Kelantan) apabila tidak dapat membariskan ketua pasukan mereka Rezal Zambery Yahya yang mengalami kecederaan disamping Zaquan Adha yang tersingkir dari kempen Piala Malaysia 2010 akibat kecederaan lutut waktu beraksi untuk pasukan kebangsaan. Pada minit ke-52, detik kerobohan benteng skuad rusa bermula apabila Aidil terpaksa diusung keluar setelah mengalami kecederaan selepas diasak Norsyahrul ketika perebutan bola di udara. Kesempatan itu ingin dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh Kelantan di sebalik tindakan lambat jurulatih sang rusa Wan Jamak Wan Hassan menukarkan aidil. Mungkin beliau mengharapkan Aidil dapat menyertai semula rakan-rakannya berjuang di dalam padang. Kelantan akhirnya berjaya memanfaatkan peluang sebelas lawan sepuluh apabila menjaringkan gol penyamaan dan menyemarakkan semangat juang pemain dan kali ini sorakan penyokong red wariors ini pula menenggelamkan sorakkan lawan. Tandukkan bekas ''HERO'' Negeri Sembilan pada pentas akhir musim lalu iaitu Hairudin Omar ke sisi kiri gawang skuad jang, gagal dijangkau Sani. Gol berpunca dari hantaran lintang Norsyahrul Idlan Talaha yang menuju tepat kepada Hairudin untuk diterjemahkan melalui jaringan. Negeri Sembilan kembali bermain 11 orang selepas memasukkan pemain bagi menggantikan Aidil. Apa yang nyata, ketiadaan Aidil umpama seperti "seketul batu yang teguh akhirnya rapuh dan tertanggal dari dinding tembok besar China yang kemudiannya roboh dan berkecai". Ketika skuad jang mencari semula semangat mereka yang disentap, Muhd Badhri Radzi atau "Piya" menjaringkan gol kemenangan sekaligus menjadi hero pasukan dari pantai timur ini untuk menjulang piala keramat buat pertama kali dalam sejarah bolasepak negeri Kelantan.
Piya yang mendapat hantaran dari tengah padang dan membuat larian pantas sambil menyusup masuk ke kotak penalti Negeri Sembilan meninggalkan pemain muda Alif Shamsudin serta melepaskan rembatan kencang yang menyebabkan Sani Anuar tertewas lagi.

Keadaan dari tempat duduk penonton adalah lebih baik dari tahun lalu [mungkin kerana Kelantan menang, penyokong mereka tidak berapa agresif untuk mencetuskan huru-hara, namun, masih ada segelintir yang mencetuskan provokasi dengan penyokong lawan] cuma kawalan keselamatan sahaja harus dipertingkatkan lagi dimasa akan datang. Contohnya, tiket tidak diperiksa dengan mesin pengesan tiket palsu, mercun masih lagi diseludup masuk, alat pengesan alkohol(ujian alkohol  harus diadakan pada perlawanan yang menjadi tumpuan ramai) saya cuma cadang untuk kebaikan dan terserahlah.
Apapun, tahniah kepada kedua-dua pasukan kerana mempersembahkan permainan berkualiti,mendebarkan dan seronok ditonton sampai ada yang pengsan... :-P

 

No comments:

Post a Comment