Nuffnang Ads

Saturday, October 23, 2010

PERTEMBUNGAN KLASIK NEGERI SEMBILAN DAN KELANTAN BERULANG LAGI

Di Stadium JCorp Pasir Gudang, impian pasukan bertaraf kelab Johor FC ke perlawanan akhir berkecai setelah Negeri Sembilan bangkit dari kekalahan separuh akhir pertama 0-1 di Paroi, Rabu lalu.
Si Rusa memastikan tempat ke perlawanan akhir apabila menumbangkan Sang Lebah di gelanggang lawan. Skuad jang akan bertemu Kelantan yang menewaskan Kedah di Kota Bharu hasil jaringan tunggal Norsyahrul Idlan Talaha pada minit ke-78. Pertemuan ini menjadi sejarah kerana menemukan finalis Piala Malaysia musim lalu iaitu Kelantan dan Negeri Sembilan yang berkesudahan skuad jang menjulang Piala Malaysia dengan kemenangan bergaya 3-1 Di Stadium Bukit Jalil. Perlawanan ini akan menjadi pertemuan klasik kedua-dua pasukan dimana ia berlangsung dengan penuh kontroversi dan emosi.

Apa yang menariknya dalam kempen Piala Malaysia 2010 ini, kedua-dua pasukan diletakkan di dalam kumpulan yang sama iaitu kumpulan A. Rekod pertemuan pada kempen tahun ini dilihat lebih memihak kepada skuad digelar hoben jang hoben ini. Menang 0-1 di Kota Bharu dan seri 2-2 di Seremban.
Menariknya, mereka yang membuka dan menutup gelanggang kempen TM Piala Malaysia 2010.
Lebih menarik lagi, bekas wira Negeri Sembilan di final yang lalu, Hairudin Omar (Hai-O) kali ini beraksi untuk pasukan the red warriors menentang pasukan dimana beliau bersama menjulang Piala Malaysia 2009. Walaubagaimanapun, kegembiraan skuad gomo kelate gomo ini terencat apabila ketua jurulatih mereka B.Sathianathan digantung selama 6 bulan dan denda rm 2,000 oleh FAM.
Ia berpunca daripada kenyataan Sathianathan yang melahirkan rasa tidak puas hati apabila aksi Liga Super antara Perlis dan Terengganu yang sepatutnya berlangsung di Stadium Utama Negeri, Kangar terpaksa diadakan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Setakat ini pelbagai andaian dibuat oleh seluruh peminat bolasepak tanahair dan tindakan gantung serta merta oleh majlis FAM ini boleh dipertikaikan kerana hanya tidak kurang seminggu dari sekarang pasukan pimpinan beliau akan beraksi sekali lagi diperlawanan akhir.

Skuad Jang yang tercalar imej ditempat sendiri tempoh hari berikutan kekalahan 0-1, bangkit menebus maruah mereka dengan kemenangan 0-2 ditempat lawan dengan agregat 2-1 sekaligus ke pertandingan akhir. Negeri Sembilan ke Bukit Jalil untuk kedua kalinya selepas menang FA Cup musim ini dengan menewaskan Kedah.


Gergasi baru bolasepak ini memulakan usaha memburu gol sejak seawal minit pertama lagi, percubaan demi percubaan dilakukan untuk menembusi pintu gol pasukan tuan rumah. Penantian pasukan pelawat hadir pada minit ke-36 hasil tandukkan Mohd Shukor Adan. Gol berpunca hasil sepakkan penjuru Ching Hong Aik dan Shukor meluru dan menanduk bola terkena bawah palang dan jatuh melepasi garisan gol. Jaringan itu menyemarakkan semanggat pemain jang untuk terus membuat asakan ke gawang Johor FC. Johor FC yang tertekan sekali-sekala mengatur serangan ke kubu lawan namun mudah dipatahkan penjaga gol Negeri Sembilan, Sani Anuar Kamsani. Gol ke-2 dan kemenangan Si rusa hadir diminit ke-61 hasil sepakan penalti yang disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah. Negeri Sembilan mendapat penalti selepas S.Kunanlan di tarik dalam kotak penalti ketika cuba menyambut hantaran cantik Halim Zainal. Dalam perlawanan itu juga menyaksikan seorang pemain Johor FC dibuang padang kerana menendang bola ke arah Kunanlan yang telah dikasari.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Hoben Jang Hoben mara ke final dengan agregat 2-1 selepas mereka tewas 0-1 pada aksi separuh akhir pertama di Paroi Rabu lalu.
Kelantan pula berpeluang membalas dendam kekalahan 1-3 kepada Negeri Sembilan pada aksi final musim lalu apabila menyingkirkan Kedah dengan agregat 1-0.

Selepas seri tanpa jaringan di Alor Setar, Kelantan ternyata memiliki kelebihan apabila tampil di hadapan ribuan hampir 20,000 penyokong mereka di Stadium Sultan Muhammed IV.
Sebaik wisel permulaan dibunyikan, Kelantan terus memulakan asakan untuk mencari gol awal dalam tempoh 20 minit pertama.
Bagaimanapun, benteng Kedah yang diterajui penjaga gol, Helmi Eliza Alias bijak menafikan setiap peluang yang dicipta Kelantan sepanjang babak pertama.
Babak kedua menyaksikan Kedah memperoleh rentak dan berjaya mengimbangi permainan dengan melakukan beberapa asakan ke pintu gol Kelantan.
Akhirnya, penantian peminat Kelantan hadir pada minit ke-78 hasil jaringan cantik Norshahrul Idlan Talaha.
Sepakkan penjuru Idlan terus menuju ke gawang Kedah dan tumbukan Helmi tidak mampu mengeluarkan bola dari terus menerjah jaring.
Kejayaan mara ke pentas final Piala Malaysia pastinya memberikan keceriaan buat Kelantan selepas mereka 'kehilangan' jurulatih, B. Sathianathan.

Mampukah Hairudin Omar membantu pula pasukan barunya untuk menamatkan kemarau piala selepas membantu Si Rusa menamatkan kemarau Piala Malaysia pada 2009???
Kelantan pastinya mahu melunaskan dendam 2009 dan bercita-cita untuk merangkul gelaran sulung mereka manakala Wan Jamak dan barisan pejuangnya pula pasti mempunyai ramuan tersendiri untuk mengekalkan  Piala Malaysia di negeri adat perpatih ini.
Kepada penyokong kedua-dua pasukan, jagalah disiplin dan tertib serta santun anda sepanjang perlawanan ini supaya peristiwa buruk final 2009 tidak lagi berulang. Penuhilah ruang stadium pada aksi akhir nanti supaya memeriahkan lagi pertandingan.

Final Piala Malaysia dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil 30 Oktober 2010, Sabtu ini.

No comments:

Post a Comment