Nuffnang Ads

Thursday, October 21, 2010

Si Rusa kebas disengat Sang Lebah, Episod mendebarkan Kelantan-Kedah berlanjutan

SEREMBAN- Kadang-kadang bolasepak memang kejam.Inilah yang terjadi kepada pasukan Negeri Sembilan yang bermain baik, mengawal permainan dan menyerang habis-habisan dan akhirnya terkena akibat tindakan kurang bijak penjaga gol mereka sendiri Sani Anuar Kamsani. Sani yang mempunyai rekod baik sepanjang kempen TM Piala Malaysia peringkat kumpulan dan suku akhir akhirnya menjurus Negeri Sembilan ke situasi yang lebih sukar di separuh akhir kedua di stadium JCorp, Pasir Gudang, sabtu ini.
Dianggarkan hampir 30000 penyokong setia skuad jang membanjiri stadium Tuanku Abdul Rahman(STAR),  Paroi. Jang bermula dengan garang apabila melakukan percubaan pertama dan berpeluang menjaringkan gol awal diminit ke-2 permainan menerusi first timer Abdul Halim Zainal. Namun rembatan Halim sedikit tersasar di sebelah kanan pintu gol Johor FC. Permainan rancak kedua-dua pasukan berterusan dengan saling berbalas serangan. Pada minit ke-4 percubaan kedua skuad hoben jang hoben menerusi Shahurain Abu Samah gagal apabila beliau tidak mampu menguis bola ke gawang lawan hasil tolakan HalimZainal.

Johor FC membalas dengan rembatan kencang dari luar petak penalti daripada pemain Johor FC yang berjaya ditampan keluar Sani Anuar Kamsani pada minit ke-12 permainan. Dalam minit ke-15 penyokong jang berteriak gembira apabila melihat tandukan Aidil Zafuan menuju ke gawang hasil sepakan penjuru pemain veteran berpengalaman Ching Hong Aik. Namun, tandukan Aidil sempat ditanduk keluar oleh pemain pertahanan pasukan pelawat di atas garisan gol. Diminit ke-21, skuad digelar Sang Lebah ini berpeluang untuk mengejutkan tuan rumah dengan tandukan pemain penyerangnya tersasar di sebelah kanan Sani. Beberapa minit kemudian, Sani berjaya menyelamatkan percubaan jarak dekat yang dilakukan oleh pemain pelawat. Jang terpaksa menggantikan ketua pasukan mereka Rezal Zambery Yahya yang mengalami kecederaan dengan memasukkan Rahman Zabul. Rezal yang mulanya diusung keluar, masuk semula ke padang untuk meneruskan aksinya. Tetapi beliau terbaring semula dan diusung keluar. Ketua jurulatih Negeri Sembilan Wan Jamak Wan Hasan terpaksa menggantikannya.

Aksi diseparuh masa kedua pula masih menyaksikan tuan rumah terus bekerja keras untuk memburu bekalan ke Pasir Gudang. Jang hampir di depan hasil percubaan pemain tuan rumah yang terkena pemain pertahanan Johor FC dan telah menewaskan penjaga gol gawang pelawat, namun tersasar sedikit di sebelah kiri pintu gol. Negeri Sembilan membawa masuk jersi 19 Firdaus Azizul menggantikan pemain nombor 10 Shafik Rahman yang kehabisan tenaga. Ternyata kemasukkan Firdaus menjadikan barisan hadapan jang semakin mengancam. Firdaus hampir memberi gol yang dinanti-nantikan penyokong tetapi tandukan terbangnya sipi di sebelah kiri pintu gol pelawat. Jang memasukkan pula pemain jersi 26 Mohd Asyraff Al Jappri bagi menggantikan Jersi 9 Shahurain Abu Samah. Namun kemasukkan pemain ini tidak banyak mengubah pasukan.

Jaringan tunggal pemain gantian, Mohd. Ezaidy Khadar pada minit ke-88 memastikan pasukan bertaraf kelab, Johor FC mengejutkan penyandang juara, Negeri Sembilan 1-0 pada perlawanan separuh akhir pertama malam tadi.
Berpunca daripada hantaran pemain sayap di luar kotak penalti, Ezaidy berjaya meloloskan diri daripada kawalan pertahanan Negeri Sembilan, sebelum pantas menyambar hantaran tersebut.
Penjaga gol Negeri Sembilan, Sani Anuar Kamsani, yang cuba meluru bagi menyelamatkan keadaan gagal berbuat apa-apa, apabila lambungan Ezaidy berjaya melepasi kawalannya bagi memberikan kejutan terbesar buat Negeri Sembilan. Tuan rumah yang kelihatan tertekan dengan gol itu cuba sedaya upaya mencari gol penyamaan dan mereka memperolehi peluang terbaik untuk menjaringkan gol diwaktu kecederaan setelah diberikan sepakan percuma betul-betul di hadapan pintu gol Johor FC setelah Kunanlan dijatuhkan. Walaubagaimanapun, sepakan percuma Shukor Adan melepasi palang gol lawan sekaligus meranapkan harapan penyokong skuad hoben jang hoben.

Keputusan di stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah. Kedah dan Kelantan akan menyambung aksi sengit mereka di Kota Bharu pula selepas seri tanpa jaringan. Jika diukurkan rekod TM Piala FA 2010, Si Kijang ini pernah ditumbangkan di Kota Bharu oleh skuad Kenari dengan jaringan 1-0. Sudah pasti Kelantan tidak mahu pisang berbuah 2 kali. Kita ikuti episod seterusnya di kedua-dua venue untuk menyaksikan adakah final klasik 2009 Kelantan-NS berulang?? Adakah Johor FC akan mencipta sejarah tersendiri ke pentas akhir TM Piala Malaysia selepas MPPJ Selangor melakukannya dan muncul juara?? Mampukah Kedah menghalang Kelantan lagi dalam kejohanan yang berbeza. Pastikan anda menonton siaran langsung separuh akhir kedua di RTM atau Astro Arena 801.

No comments:

Post a Comment