Nuffnang Ads

Sunday, October 17, 2010

Singa Utara patah taring, Rusa bergaya mara ke separuh akhir

Kangar: Satu lagi pasukan dari utara gagal mengikuti jejak Kedah setelah ditumpaskan Negeri Sembilan 1-3 di stadium Utama Negeri, Kangar, malam tadi. Pasukan tuan rumah bermula agak berhati-hati untuk menembusi kekebalan benteng pertahanan Negeri Sembilan yang di terajui oleh Mohd Shukor Adan dan Aidil Zafuan Radzak.

Perlis seakan-akan terkial-kial dalam mencari rentak untuk mendapatkan gol awal untuk memulihkan semangat ketika mereka sedang ketinggalan agregat 0-1 ketika bertandang ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban.Walaupun tuan rumah berusaha mencari jaringan awal namun mereka tersentak setelah dikejutkan dengan jaringan Abdul Halim Zainal pada minit yang ke 24 hasil sepakan percuma pemain berpengalaman Shukor Adan. Gol tersebut telah dibantah oleh para pemain Perlis kerana mendakwa Halim berada dalam situasi offsaid.Walau bagaimanapun pengadil tidak terpengaruh dengan desakan pemain Perlis dan mengesahkan jaringan itu.

Ketika pasukan tuan rumah tertekan akibat ketinggalan agregat 0-2, permainan terpaksa dihentikan selama hampir 10 minit pada minit ke 30 perlawanan.Keadaan itu berpunca dari segelintir kecil penyokong tuan rumah yang tidak berpuas hati dengan persembahan hambar pasukan kesayangan mereka dan penjaga garisan yang mengesahkan gol pertama skuad jang.Seketul batu telah di lemparkan dari tempat duduk penonton penyokong Perlis dan hampir mengenai penjaga garisan yang bertugas.Di situ kelihatan penjaga garisan membawa objek untuk ditunjukan kepada pengadil perlawanan dan seterusnya pengadil telah membuat keputusan untuk menghentikan perlawanan seketika atas faktor keselamatan.

Setelah pengawai perlawanan berpuas hati dan mendapat jaminan dari pihak pengurusan stadium dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU), pengadil bertindak meneruskan permainan yang telah terhenti seketika.
Kedua-dua pasukan terus menyambung misi mereka untuk berjuang.Harapan mengunung penyokong setia yang digelar Singa Utara ini disentap lagi apabila Abdul Halim Zainal membuktikan beliau berhak untuk menjadi man of the match perlawanan ini setelah mendapat lorongan dari pemain sayap lincah S.Kunanlan. Jaringan ini mirip dengan jaringan ketika pasukan Hoben Jang Hoben ini menewaskan Kuala Lumpur
Plus 1-2 di stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya,Selangor.Jaringan berpunca dari kelincahan S.Kunanlan yang membuat kawalan bola yang baik dan terus melorongkan bola untuk Halim merembat kencang sekaligus menerjah jaring dan menewaskan penjaga gol Perlis.

Tuan rumah nyata tambah tertekan dengan agregat ketika itu 0-3 dan terus beraksi longlai.Seterusnya Perlis ditunjukkan jalan keluar yang muktamad hasil kuisan Shukor Adan di minit ke 74. Gol itu berpunca hasil sepakan sudut ketua pasukan Rezal Zambry Yahya yang kemudian di tanduk Idris Karim. Tandukan Idris jatuh tepat ke arah Shukor yang membuat sedikit kuisan cantik untuk membolosi gawang perlis.Di minit ke 89 tuan rumah mendapat penalti dan disempurnakan oleh Azrul Ahmad.Muktamad di Kangar
Perlis 1 Negeri Sembilan 3 dengan agregat 1-4.Lain-lain keputusan selain Kelantan yang telah membenam Selangor di Kota Bharu 3-0, Kedah 3-0 Terengganu (agregat 5-2), Pahang 2-1 Johor FC (agregat 2-2) Johor FC layak dengan kiraan gol di tempat lawan. Jadual perlawanan separuh akhir Kedah Lwn Kelantan dan Negeri Sembilan Lwn Johor FC pada rabu 20 hari bulan Oktober 2010.

Pastikan anda terus menyokong bola sepak Malaysia dan penuhilah stadium berhampiran anda sempena separuh akhir TM Piala Malaysia yang bakal berlangsung. Wassalam.....

No comments:

Post a Comment